Utusan Borneo (Sabah)

Mesyuarat Agung PIBG SM Sains Labuan pada 3 Mac

-

LABUAN: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) akan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Menengah Sains Labuan (SMSL), Sekolah Berprestas­i Tinggi Kali Ke-26 pada 3 Mac depan.

Yang Dipertua PIBG Zulkifli Zakaria berkata mesyuarat itu yang akan diadakan di Dewan Samudera sekolah bermula jam 8.30 pagi.

Katanya, pada mesyuarat itu akan diadakan pemilihan ahli jawatankua­sa (AJK) yang baharu bagi sesi 2018-2020.

Sehubungan itu, beliau menjemput semua ibu bapa dan penjaga untuk menghadiri mesyuarat berkenaan.

“Surat jemputan dan maklum balas mengenai usul sudah pun dihantar kepada ibu bapa menerusi anak masing-masing yang balik ke kampung sempena cuti Tahun Baharu Cina.

“Saya berharap ibu bapa akan mengesahka­n kehadiran dan menghantar usul dengan mengisi borang yang disediakan,” katanya.

Katanya, usul daripada ibu bapa akan dibaca dan dibentangk­an pada mesyuarat agung itu sekaligus akan ditangani oleh pihak pentadbir sekolah serta PIBG.

Zulkifli berkata kehadiran ibu bapa sangat penting untuk bersama-sama membincang­kan keperluan anak termasuk aktiviti sepanjang tahun 2018.

Tambahnya, mesyuarat agung itu bakal dirasmikan oleh pemilik Klinik Bakti Labuan Dr Haji Ramli Tahir.

Dijadual hadir sama, Pengetua SM Sains Labuan Haji Mahamad Shukri Said dan Naib Yang Dipertua PIBG Haji Mohd Ali Bledram.

 ??  ?? ZULKIFLI (tiga kanan), Mahamad Shukri (dua kanan) dan Mohd Ali (dua kiri) bersama AJK PIBG Sesi 2016-2018.
ZULKIFLI (tiga kanan), Mahamad Shukri (dua kanan) dan Mohd Ali (dua kiri) bersama AJK PIBG Sesi 2016-2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia