Utusan Borneo (Sabah)

`Sempurnaka­n amanah k’jaan’

Peringatan Hajiji kepada pemimpin masyarakat

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Ketua kampung, Jawatankua­sa Keselamata­n dan Kemajuan Kampung (JKKK) serta Jawatankua­sa Kemasyarak­atan Dalam Bandar (JKDB) perlu menyempurn­akan tanggungja­wab yang diamanahka­n kerajaan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata mereka mempunyai tanggungja­wab besar untuk memastikan projek yang dijalankan di peringkat kampung dapat dilaksanak­an dengan baik.

“Ketua kampung, JKKK dan JKDB adalah mata serta telinga kepada kerajaan. Maknanya, mereka ini mempunyai tugas serta tanggungja­wab penting yang diamanahka­n oleh kerajaan.

“Kita dilantik kerana kerajaan percaya kepada kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kursus Pengurusan dan Pentadbira­n JKKK/JKDB Daerah Tuaran di sini pada Selasa.

Hajiji yang juga Adun Sulaman berkata ketua kampung, JKKK dan JKDB juga perlu menjalanka­n tugas dengan adil bagi menjaga keharmonia­n serta perpaduan rakyat di bawah jagaan masing-masing.

Katanya ia adalah antara tugas yang penting para ketua kampung dan pengerusi JKKK.

“Oleh itu, mereka mesti

“Ketua kampung, JKKK dan JKDB adalah mata serta telinga kepada kerajaan. Maknanya, mereka ini mempunyai tugas serta tanggungja­wab penting yang diamanahka­n oleh kerajaan. Kita dilantik kerana kerajaan percaya kepada kita. ” DATUK SERI PANGLIMA HAJIJI NOOR Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan

menyempurn­akan tugas yang diamanah oleh kerajaan ini dengan jujur,” katanya.

Selain memberikan penjelasan kepada masyarakat di bawah jagaan masingmasi­ng tentang dasar dan program kerajaan tambahnya, ketua kampung, JKKK dan JKDB perlu menangkis tohmahan tidak betul yang dilemparka­n oleh pihak tertentu kepada kerajaan.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Tuaran Sofian Alfian Nair.

 ??  ?? HAJIJI (depan, enam kanan) merakamkan gambar kenangan bersama peserta kursus.
HAJIJI (depan, enam kanan) merakamkan gambar kenangan bersama peserta kursus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia