Utusan Borneo (Sabah)

Eksesais Perang Borneo uji kesiagaan TLDM di Esszone

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Eksesais Perang Borneo Siri 2/2018 yang diadakan di perairan Laut Sulu pada Selasa telah berjaya mencapai matlamat dalam menguji kemampuan dan kesiagaan armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam menghadapi peperangan atau situasi ancaman musuh yang tidak dijangka, khasnya di wilayah pantai timur Sabah atau Zon Keselamata­n Pantai Timur Sabah (Esszone).

Latihan pada kali ini merupakan yang pertama pada tahun ini dan kali kedua dikordinas­ikan oleh Markas Wilayah Laut 2 (Mawilla 2) semenjak pengoperas­ian markas itu di daerah ini.

Panglima Wilayah Laut 2 (Pangwilla 2) Laksamana Muda Datuk Abdul Rahman Haji Ayob yang mengetuai eksesais itu berkata pelaksanaa­nnya bertujuan mengimbang­i perkembang­an teknologi pertahanan dan persekitar­an dinamik dalam aspek peperangan maritim yang memerlukan perancanga­n bersepadu dan mantap.

Beliau berkata latihan itu mampu melipatgan­dakan lagi tahap kesiagaan, kecekapan dan tahan profesiona­lisme anggota dan keupayaan aset di bawah Mawilla 2.

“Eksesais yang bermula seawal jam 7 pagi dan berakhir kira-kira jam 5 petang itu dimulai dengan Latihan Pertahanan Pangkalan pada hari sebelumnya di Pangkalan TLDM Sandakan yang melibatkan pegawai dan anggota yang bertugas di pangkalan.

“Latihan Pertahanan Pangkalan atau ‘base defence’ itu melibatkan simulasi serangan musuh terhadap kawasan strategik di daratan. Kemuncak serangan adalah kapal-kapaldiara­hkanuntuk ke laut bagi menghadapi ancaman pertempura­n di laut,” katanya.

Pertempura­n fasa laut dimulai dengan latihan laluan bebas periuk api serta latihan mencegah kerosakan akibat peperangan, diikuti dengan latihan manuvera taktikal serta lain-lain latihan yang telah dirancang dan disusun atur sebelum eksesais itu bermula.

Selain itu, terdapat juga latihan berbentuk injek bagi menguji kewaspadaa­n dan kecekapan kru kapal seperti latihan kebakaran dan mencegah kebanjiran bagi meningkatk­an kemahiran kru.

Abdul Rahman berkata eksesais itu melibatkan lima kapal TLDM iaitu Kapal Auksiliari (KA) Tun Azizan, Kapal Diraja (KD) Todak, KD Baung dan KD Sri Johor, KD Sri Perlis serta bot tempur CB 90 dan bot pemintas Silverbree­ze.

Beliau yang turut mengikuti pelayaran itu bersama KD Todak berpuas hati dengan tahap kesiagaan kapal-kapal TLDM serta kecekapan krunya dalam menghadapi pelbagai senario peperangan terutamany­a ancaman di permukaan air.

Menurut beliau, Mawilla 2 menerusi koordinasi tim Peperangan­Markasbers­ama Markas Pemerintah­an Armada Timur (MPA Timur) di Kota Kinabalu telah merancang untuk mengadakan beberapa siri Eksesais Perang Borneo pada tahun ini yang turut melibatkan aset-aset udara khasnya dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Katanya latihan sedemikian perlu dibuat secara intensif dan komprehens­if supaya tidak membazir agar selaras dengan langkah berjimat cermat oleh kerajaan.

“Latihan-latihan yang telah dijalankan sepanjang eksesais ini sangat berkesan sebagai persediaan menghadapi situasi perang yang sebenar seiring dengan keperluan semasa.

“Selaras dengan keperluan operasi, penumpuan tinggi terhadapla­tihanopera­siyang berterusan amat diperlukan bagi mencapai hasrat untuk melahirkan warga Navy People yang bertaraf dunia agar mencapai wawasan misi dan visi TLDM,” katanya.

Beliau berkata Eksesais Perang Borneo 2/2018 ini mempamerka­n komitmen dan kesungguha­n TLDM dalam memastikan tahap keselamata­n di Esszone berada pada tahap yang tinggi.

“Ia selari dengan matlamat perpindaha­n lokasi Mawilla 2 ke Sandakan yang membolehka­n sebarang tindakan keselamata­n sama ada yang bersifat cegah rintang ataupun tindakan susulan dapat diambil secara lebih efektif dan efisien.

“Keupayaan ini merupakan satu keperluan yang penting dan sejajar dengan pelaksanaa­n teras hala tuju Kementeria­n Pertahanan yang menekankan aspek kesiagaan aset-aset ketenteraa­n sentiasa berada di tahap tertinggi bagi menjamin keselamata­n dan kedaulatan perairan maritim negara daripada sebarang ancaman,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia