Utusan Borneo (Sabah)

519 puisi Asean bersaing: Arifin

Penyertaan Sayembara Penulisan Puisi Islam meningkat

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Penyertaan pertanding­an Sayembara Penulisan Puisi Islam Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara meningkat kira-kira hampir separuh berbanding tahun sebelumnya.

Pembantu Menteri kepada Ketua menteri Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata sebanyak 519 puisi dipertandi­ngkan dari serata Asean berbanding kira-kira 300 puisi pada penganjura­n 2017.

“Pihak urusetia sayembara menulis puisi Islam Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara menerima sebanyak 519 buah puisi hasil karya 317 penyair dari seluruh negara Asean.

“Manakala, kira-kira 40 peratus penyertaan baharu diterima untuk penulisan puisi sayembara ini sejak ia dilancarka­n empat bulan lalu. Ia mungkin sudah ramai yang tahu berkenaan sayembara melalui penyertaan terdahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman pemenang Pertanding­an Sayembara Penulisan Puisi Islam Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara Ke-7 2018, di sini pada Rabu.

Beliau difahamkan karya yang dihasilkan pada sayembara berkenaan sangat baik dan bertaraf tinggi di peringkat nusantara.

Dalam pada itu, Arifin berkata pada penganjura­n sayembara kali ketujuh itu, penganjur menambah nilai hadiah utama kepada RM2,000 setiap pemenang.

Manakala bagi hadiah penghargaa­n, jumlah berkenaan masih kekal namun bilangan pemenang bertambah dari lima orang kepada 10 orang.

Sementara itu, pemenang hadiah utama ialah Fatin Hamamah Rijal Syam (Indonesia) dengan tajuk puisi ‘Bintang di Malam Isyrak’, Putri Zulieika Fereiza Syed Mahadzir yang juga peserta negara dengan puisi ‘Perbualan di Sebuah Perahu Dengan Ayahku’ dan Awangku Mohd Noor Sham Pangeran Hidup (Brunei Darussalam Mencari Ketetapan).

Hadiah penghargaa­n dimenangi oleh Junaidah Baharawi (Singapura), Noor Aisyah Maidin (Sabah), Ahmad Sarjo (Selangor), Norsalmi Abdul Rahim (Perlis), Hasni Hassim (Perak), Rubiah Nordin (Sabah), Kasima Salinri (Sabah), Jamail Masador (Sabah) dan Siti Rahmah G Ibrahim (Sabah).

Arifin berkata hadiah akan disampaika­n pada hari terakhir Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara Ketujuh 2018 yang akan diadakan di Membakut pada 8 hingga 11 Mac.

Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Informasi dan Maklumat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) Zainuddin Mahmud.

 ??  ?? ARIFIN (tengah) dan Zainuddin (kiri) ketika membuat pengumuman pemenang pertanding­an Sayembara Penulisan Puisi Islam.
ARIFIN (tengah) dan Zainuddin (kiri) ketika membuat pengumuman pemenang pertanding­an Sayembara Penulisan Puisi Islam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia