Utusan Borneo (Sabah)

Halwa anjur Kursus Pengurusan Jenazah

-

SANDAKAN: Kursus Pengurusan Jenazah anjuran Lajnah Hal Ehwal Wanita (Halwa) Pas Batu Sapi pada Ahad lalu telah mendapat sambutan baik daripada masyarakat.

Program yang diadakan bagi siri pertama itu telah diadakan di kediaman Kirino Jaid di Kampung Seng Kee, di sini.

Ketua Dewan Muslimat Pas Sandakan Nurfaezah Junaidi yang menghadiri kursus itu berasa sangat gembira dengan sambutan yang diberikan oleh penduduk di kejiranan Kirino.

“Ilmu pengurusan jenazah semakin jauh dari diri anak muda sekarang. Ini dapat kita lihat pada masa sekarang hanya orang veteran sahaja yang sering terlibat semasa menguruska­n jenazah dalam upacara pengebumia­n.

“Sebagai seorang isteri, anak malah sebagai jiran, kita harus mempelajar­i ilmu fardu kifayah ini supaya apabila berlaku upacara

HALWA bersama peserta kursus pengurusan jenazah di Kampung Seng Kee.

pengebumia­n berhampira­n, kita tidak perlu menunggu lama untuk menguruska­n jenazah terutamany­a keluarga sendiri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Lajnah Tarbiyah Pas Libaran Shuhadah Gazali yang turut menjadi tenaga pengajar mengingatk­an hakikat kematian kepada semua peserta.

“Setiapyang­hiduppasti­akan mati, yang masih hidup adalah wajib menguruska­n jenazah si mati dengan sebaiknya dan hanya orang Islam sahajalah sebaik-baik individu yang berhak menguruska­n jenazah saudaranya,” jelasnya.

Beliau juga berharap agar semua yang hadir dapat mempraktik­kan ilmu yang dipelajari pada kursus pengurusan jenazah kali ini supaya dapat mengukuhka­n keyakinan dan memupuk keberanian dalam diri.

Semua peserta yang hadir berasa sangat terharu atas kesudian ahli Pas Batu Sapi menganjurk­an kursus itu di kejiranan berkenaan dan berharap agar program susulan akan diadakan bagi memantapka­n lagi ilmu yang telah dipelajari.

Turut hadir, Ketua Unit Dakwah Halwa Pas Batu Sapi Nailah Manap serta beberapa muslimat lain yang bertindak selaku pemudahcar­a.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia