Utusan Borneo (Sabah)

Lapan individu ditahan terlibat militan

-

MELAKA: Sejak penubuhan Unit Bahagian Counter Terrorism Kontinjen Melaka pada Mei 2016 sehingga kini, seramai lapan individu yang tinggal di negeri ini telah ditahan kerana dikenal pasti terlibat dalam kegiatan militan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Jalil Hassan berkata tangkapan terbaharu melibatkan dua lelaki masingmasi­ng warga asing dan tempatan pada Disember tahun lepas dan Januari 2018 kerana dikesan merancang serangan di pusat hiburan di ibu negara dan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Beliau berkata tujuan serangan yang dilakukan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi merampas senjata api untuk kegunaan serangan dan ia membuktika­n betapa seriusnya ancaman itu.

“Tangkapan berkenaan menunjukka­n satu indikator yang sangat serius dan memerlukan pemantauan rapi secara berterusan dalam usaha mematah dan merencatka­n penularan fahaman ekstremism­e yang dilihat umpama virus atau wabak dalam kalangan masyarakat.

“Jika dahulu jumlah penyokong Jemaah Islamiah yang ditahan dalam tempoh 10 tahun hanya kira-kira 300 orang sahaja tetapi keadaan semakin membimbang­kan kerana lebih 300 penyokong Daesh ditahan dalam tempoh empat tahun kebelakang­an,” katanya ketika berucap pada Perhimpuna­n Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di sini pada Rabu.

Sehubungan itu, Abdul Jalil berkata semua anggota digesa sentiasa berhati-hati serta tanamkan perasaan curiga terhadap persekitar­an sekeliling dalam usaha untuk memastikan keselamata­n petugas, senjata api dan balai sentiasa berada pada tahap maksimum.

Beliau berkata selain aspek keselamata­n, anggota polis khususnya daripada Jabatan Cawangan Khas perlu arif dengan pelbagai aplikasi atau teknologi termasuk media sosial seperti ‘Facebook’, ‘WhatsApp’ dan ‘Instagram’ yang digunakan kumpulan pengganas tersebut sebagai medium untuk menyebarka­n ajaran yang kononnya ditafsirka­n sebagai ‘jihad suci’.

“Ancaman kini lebih canggih dan sukar dikesan melalui penggunaan teknologi yang semakin canggih dan lebih pantas berbanding cara dahulu melalui usrah dan perjumpaan sulit,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata seramai 2,900 anggota dan pegawai polis termasuk 700 orang dari Bukit Aman akan ditugaskan bagi memantau dan menghadapi sebarang kemungkina­n sepanjang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang dijangka diadakan pada masa terdekat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia