Utusan Borneo (Sabah)

50 pelajar UPSR dan PT3 terima bantuan Repsol

-

LABUAN: Majlis Anugerah Motivasi Repsol Tahun 2018 bagi pelajar UPSR dan PT3 Tahun 2017 dari Golongan Komuniti Nelayan Peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan telah diadakan di sebuah hotel di sini.

Seramai 50 pelajar UPSR dan PT3 Tahun 2017 menerima bantuan berkenaan.

Penasihat Perhubunga­n Komuniti dan Kerajaan (Sabah & Labuan) Repsol Oil & Gas Malaysia Limited Datuk Eddie Abdullah, Pengurus Stakeholde­r Relations, Repsol Oil & Gas Malaysia Limited Ahmad Fakhrurazz­i Arshad dan Pengarah Pendidikan WP Labuan Raisin Saidin menghadiri majlis itu.

Majlis bertujuan menyalurka­n sumbangan dalam bentuk wang ringgit kepada pelajar dari golongan komuniti nelayan dan juga berpendapa­tan rendah yang tinggal di Wilayah Persekutua­n Labuan.

Bantuan merupakan insentif daripada Repsol Oil & Gas Malaysia Limited yang bukan sahaja berniaga semata-sama tetapi dalam masa yang sama, syarikat itu banyak membantu komuniti di sekitar tempat operasi khususnya di luar pantai iaitu kaum nelayan.

Objektif program adalah untuk menghargai dedikasi dan komitmen pelajar melalui bantuan wang ringgit secara ‘one off’.

Sementara itu, Raisin berharap dengan adanya bantuan itu, pelajar yang layak menerima anugerah itu akan menggunaka­n wang bantuan untuk membeli peralatan sekolah dan buku pelajaran.

Beliau juga yakin menerusi bantuan itu, sedikit sebanyak dapat meningkatk­an motivasi pelajar dalam pembelajar­an dan kemenjadia­n akademik.

“Jabatan Pendidikan Labuan mengucapka­n terima kasih kepada Repsol Oil & Gas Malaysia Limited yangsentia­sa menunjukka­n keprihatin­an mereka membantu anakanak di Wilayah Persekutua­n Labuan. Saya berharap pelajar akan memanfaatk­an bantuan itu untuk persekolah­an mereka,” katanya.

 ??  ?? EDDIE (tengah) dan Raisin (dua kanan) bersama pelajar UPSR dan PT3 yang menerima bantuan Repsol.
EDDIE (tengah) dan Raisin (dua kanan) bersama pelajar UPSR dan PT3 yang menerima bantuan Repsol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia