Utusan Borneo (Sabah)

Sibu, Lanang harus dikembali ke pangkuan BN

-

SIBU: Kerusi Parlimen Sibu dan Lanang harus kembali ke pangkuan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang untuk kesinambun­gan pembanguna­n di bahagian ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata, rakyat di kedua-dua kawasan tersebut harus bersatu dan menyokong penuh calon BN.

Abang Johari berkata, penduduk Sibu harus berfikir secara rasional kerana keputusan mereka akan menentukan masa depan Sibu.

“Demi kesinambun­gan pembanguna­n di Sibu dan manfaat generasi muda di sini, kerusi Parlimen Sibu dan Lanang harus bersama BN.

“Sokongan itu penting bagi memudahkan wakil rakyat BN menyuaraka­n masalah dan permintaan rakyat kepada kerajaan persekutua­n,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Makan Tengah Hari SUPP Sibu sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina 2018 di Dewan Suarah Sibu pada Selasa.

Menurut Abang Johari, beliau bersetuju supaya kegiatan pembanguna­n di Sibu diperhebat­kan seperti di bahagian-bahagian lain di negeri ini.

Ini termasuk melaksanak­an rancangan pembanguna­n semula kawasan Bukit Assek, pembesaran Poliklinik Oya dan tempat letak kereta Hospital Sibu, menaik taraf sistem lalu lintas bagi mengurangk­an kesesakan, menjadikan Sibu sebagai hab komersil, pembinaan sekolah teknologi serta menggalakk­an potensi pelanconga­n di Batang Rajang.

Katanya, kesemua rancangan ini dapat direalisas­ikan sekiranya BN diterima baik dan mendapat sokongan padu rakyat di bahagian ini memandangk­an suara wakil rakyat BN mudah didengari kerajaan persekutua­n.

Abang Johari berkata, sasaran BN untuk memenangi semula kerusi Parlimen Sibu danLanangj­ugatidakmu­stahil jika semua parti komponen BN Sarawak bergabung tenaga memastikan kemenangan calonnya di kerusi berkenaan.

“Apatah lagi SUPP kini dilihat sudah pulih daripada krisis dalaman yang dialaminya,” ujar beliau.

Katanya, SUPP serta parti komponen BN Sarawak yang terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) perlu berusaha keras untuk memenangi semula kedua-dua kerusi Parlimen berkenaan.

 ??  ?? ABANG Johari (tujuh kanan) mengetuai upacara pemotongan kek sempena sambutan Tahun Baharu Cina anjuran SUPP di Sibu.
ABANG Johari (tujuh kanan) mengetuai upacara pemotongan kek sempena sambutan Tahun Baharu Cina anjuran SUPP di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia