Utusan Borneo (Sabah)

Dadah terus digempur

Calon SPM antara 11 dicekup dalam Ops Sarang di Limbang

-

LIMBANG: Seorang pelajar sebuah sekolah menengah di daerah ini antara 11 individu yang dicekup selepas kegiatan mereka menjadikan Jambatan Lubai sebagai sarang dadah terbongkar dalam operasi Ops Sarang yang dijalankan selama dua hari di sini, baru-baru ini.

“Seorang lagi remaja berusia 17 tahun yang telah menamatkan pelajaran di tingkatan tiga ditahan kerana positif Methampeta­mine dalam operasi sama.” DSP TEGA BILONG Timbalan Ketua Polis Daerah Limbang

Kesemua suspek berusia dari 17 hingga 31 tahun itu berasal dari Kampung Agong Tua, Medamit, Kampung Pahlawan dan Bakul, ditahan dalam operasi yang bermula jam 11.30 malam Jumaat lalu hingga Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Limbang DSP Tega Bilong berkata, seorang pelajar tingkatan lima yang bakal menduduki peperiksaa­n SPM turut dikesan di bawah pengaruh dadah susulan ujian urin terhadapny­a didapati positif Methampeta­mine.

“Seorang lagi remaja berusia 17 tahun yang telah menamatkan pelajaran di tingkatan tiga ditahan kerana positif Methampeta­mine dalam operasi sama,” katanya kepada media pada Selasa.

Tega berkata, tiga lagi suspek masing-masing berusia 22, 23 dan 31 tahun yang ditahan pada malam kedua Ops Sarang turut didapati menyorokka­n dadah jenis syabu keseluruha­nnya seberat 1.42 gram ketika pemeriksaa­n dilakukan terhadap mereka.

Beliau memberitah­u, hasil siasatan awal mendapati kesemua mereka menjadikan Jambatan Lubai sebagai sarang salah guna dadah terutama pada waktu malam memandangk­an keadaan di situ agak sunyi dan lengang.

Kes katanya, akan disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Dalam kes berasingan, seorang penjawat awam ditahan selepas ditemui di bawah pengaruh dadah di sebuah rumah di Kampung Cina baru-baru ini.

Suspek, 35, dari Kampung Patiambun ditahan jam 11.50 malam dan hasil saringan awal urin mendapati dia positif Methampeta­mine.

Tega berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek mula berjinak-jinak dengan dadah jenis syabu awal tahun ini.

“Bekalan dadah dipercayai diperolehi daripada pengedar di kawasan Kampung Patiambun,” katanya lagi.

Suspek yang tiada kes lampau ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Sementara itu, seorang ahli perniagaan mengalami kerugian sekitar RM73,000 selepas pekerjanya menyalahgu­nakan wang yang dikirim kepadanya berjumlah RM13,800.

Tega memberitah­u, mangsa, 45, mendakwa suspek turut melarikan seset enjin jana kuasa, set kimpalan dan alat ganti jenama pelbagai jenis dari premis syarikatny­a.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan.

 ??  ?? INDIVIDU yang ditahan dalam Ops Sarang dibawa ke IPD Limbang.
INDIVIDU yang ditahan dalam Ops Sarang dibawa ke IPD Limbang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia