Utusan Borneo (Sabah)

Parti tempatan penentu hala tuju Sarawak

-

SIBU: Hanya parti politik tempatan dapat menentukan hala tuju masa depan Sarawak.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata, parti politik yang berpangkal­an di luar Sarawak seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk Umno tidak dapat memutus dan menentukan masa depan Sarawak terutama untuk kepentinga­n rakyatnya.

“Rakyat Sarawak tidak memerlukan bantuan daripada pihak luar untuk memperjuan­g haknya kerana kita sudah mempunyai parti politik Sarawak sendiri yang juga parti komponen Barisan Nasional (BN)).

“Orang luar tidak boleh menentukan masa depan Sarawak termasuk Umno. Umno tidak boleh membuat keputusan untuk kita.

“Oleh itu, parti politik dari luar Sarawak seperti PKR, DAP termasuk Umno tidak relevan di sini,” katanya semasa berucap pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina 2018 anjuran Persatuan Cina Bersatu (UCA) Sibu di sebuah hotel terkemuka di sini, malam Isnin.

Turut hadir ialah isteri Abang Johari Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang Dato Sri Wong Soon Koh, Ketua Pegawai Eksekutif KTS Dato Henry Lau, Temenggung Datuk Vincent Lau, Timbalan Konsulat Jeneral China Zhang Yang, Menteri Muda Pengangkut­an Datuk Dr Jerip Susil dan Presiden UCA Sibu Kong Hian Khim.

Di samping itu, pengerusi BN Sarawak itu menegaskan bahawa dengan rakyat yang bersatu, kerajaan negeri mampu mengukuhka­n pendiriann­ya untuk berunding dengan kerajaan persekutua­n dalam menuntut hak-hak Sarawak yang telah terhakis.

“Oleh itu, rakyat Sarawak harus bersatu dan tiada orang lain yang dapat menentukan hak kita ini kerana masa depan politik kita bergantung kepada parti politik Sarawak.

“Kita hanya memerlukan rakyat Sarawak untuk melindungi hak Sarawak. Bukan Umno, DAP dan PKR, termasuk manamana pihak luar yang lain,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri pada masa ini lantang dan tidak takut untuk mempertaha­nkan haknya, malah kerajaan persekutua­n tidak dapat menafikan hak dan kuasa kerajaan negeri untuk melindungi, mengawal dan menguruska­n sumbernya.

Antaranya ialah kuasa mengeluark­an lesen di bawah Kanun Tanah Sarawak serta Ordinan Perlombong­an Minyak Sarawak 1958 yang dikenakan ke atas pengeluar dan kontraktor industri minyak dan gas, katanya.

Justeru beliau berkata, kerajaan negeri akan meneruskan usaha mengembali­kan hak-hak Sarawak yang telah terhakis di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) daripada kerajaan persekutua­n.

“Tetapi kita menuntut hak kita berlandask­an undangunda­ng dan perlembaga­an, bukan mengikut emosi,” ujarnya.

 ??  ?? ABANG Johari (tengah) dan Juma’ani (lapan kanan) bersama Wong (tujuh kanan), Uggah (tujuh kiri) dan Kong (lapan kiri) memotong kek pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina UCA Sibu.
ABANG Johari (tengah) dan Juma’ani (lapan kanan) bersama Wong (tujuh kanan), Uggah (tujuh kiri) dan Kong (lapan kiri) memotong kek pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina UCA Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia