Utusan Borneo (Sabah)

Rezeki nelayan Oya murah selepas banjir surut

-

MUKAH: Nelayan sekitar Batang Oya tersenyum lebar selepas banjir apabila meraih durian runtuh hasil tangkapan ikan besar.

Fenomenabe­rkenaan disebabkan setelah musim banjir ikan-ikan bersaiz besar keluar dari lubuk persembuny­iannya untuk mencari makanan.

Mohd Faridzuan Haidar, 24, salah seorang nelayan di Oya mengatakan bahawa para nelayan murah rezeki setelah banjir surut.

“Setelahban­jirsurut ,paranelaya­n murah rezeki seperti sekarang, di mana kami memperoleh hasil tangkapan yang lumayan,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Faridzuan pada petang kelmarin turut berjaya menaikkan seekor ikan tapah seberat 6.8 kilogram dan beberapa hasil tangkapan lain.

Harga pasaran untuk ikan tapah menurutnya, boleh mencecah RM20 ke atas sekilogram.

Selain ikan tapah, ikan patin dan udang juga mudah didapati ketika musim selepas banjir, katanya.

Dia turun ke sungai bersama adiknya dengan hanya berperahu kecil dan bermodalka­n jaring buatan sendiri dipangggil ‘Up’ oleh penduduk tempatan.

Sebelum ini, fenomena udang timbul di permukaan sungai sekitar Balingian, Mukah dan Dalat juga kawasan di sekitarnya turut dilaporkan dalam media.

Keadaan itu membolehka­n para nelayan atau sesiapa sahaja dapat menangkap udang hanya menggunaka­ntangantan­pabantuan apa-apa peralatan memancing.

 ??  ?? FARIDZUAN bersama ikan tapah seberat 6.8 kilogram yang ditangkapn­ya.
FARIDZUAN bersama ikan tapah seberat 6.8 kilogram yang ditangkapn­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia