Utusan Borneo (Sabah)

Demi PRU14, UPP sedia bekerjasam­a dengan SUPP

-

SIBU: Bagi memastikan kejayaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang, Presiden Parti Rakyat Bersatu (UPP) Dato Sri Wong Soon Koh mengulangi kesediaan partinya untuk bekerjasam­a dengan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Beliau berkata, seruan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg supaya kedua-dua parti itu menjalin kerjasama mendapat maklum balas positif daripada pemimpin dan ahli UPP di peringkat akar umbi.

Dengan PRU14 semakin hampir, beliau berkata, masanya sudah tiba untuk UPP dan SUPP bekerjasam­a menyumbang ke arah negeri Sarawak yang lebih bersatu padu.

“Saya yakin pemimpin dan masyarakat Cina di seluruh Sarawak termasuk di Sibu menaruh harapan tinggi agar kedua-dua pihak membentuk hubungan kerjasama untuk manfaat lebih besar.

“Masyarakat Cina yang lebih bersatu padu juga akan berusaha bersatu dengan komuniti atau kaum lain di negeri ini,” katanya semasa berucap pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina 2018 anjuran Persatuan Cina Bersatu (UCA) Sibu di sebuah hotel terkemuka di sini, malam Isnin.

Hadir selaku tetamu kehormat pada malam itu ialah Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

Turut hadir isteri Abang Johari Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Ketua Pegawai Eksekutif KTS Dato Henry Lau, Temenggung Datuk Vincent Lau, Timbalan Konsulat Jeneral China Zhang Yang, Menteri Muda Pengangkut­an Datuk Dr Jerip Susil dan Presiden UCA Sibu Kong Hian Khim.

Wong yang juga Menteri Kewangan Kedua dan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan EDagang berkata, PRU sebelum ini di kawasan majoriti Cina iaitu Kuching, Pending, Sibu, Lanang, Sarikei dan Miri semuanya jatuh ke tangan parti pembangkan­g iaitu Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Umum mengetahui parti majoriti masyarakat Cina iaitu UPP dan SUPP mengingink­an beberapa kerusi Parlimen itu.

, katanya.

“Sekiranya kita mahu menetapkan matlamat untuk menawan beberapa kerusi ini, jika tidak semua, keduadua pihak perlu bekerjasam­a, menilai kekuatan masing-masing untuk mengenal pasti calon yang betul dan boleh menang untuk mewakili masyarakat Cina.

“Hanya dengan itu kita dapat memastikan perpaduan Cina yang lebih kukuh dan perwakilan Barisan Nasional (BN) lebih besar di peringkat persekutua­n.

“Apa yang diperlukan adalah perpaduan, kuasa gabungan UPP dan SUPP bekerjasam­a untuk memastikan kemenangan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia