Utusan Borneo (Sabah)

CIDB akan ambil tindakan

Terhadap syarikat pemaju gagal menghantar pekerja mahir

- Oleh YAP SIONG HAN

PENAMPANG: Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) kini akan mengambil tindakan tegas terhadap syarikat pemaju yang enggan menghantar pekerja mahir serta penyelia tapak projek masing-masing bagi mendapatka­n pertauliah­an.

Presiden Persatuan Pembina Sabah (SBA) Lou Chi Nam berkata, berdasarka­n Akta CIDB 520 sekiranya pemaju didapati bersalah, mereka akan didenda tidak lebih daripada RM5,000 untuk setiap pekerja mahir dan penyelia tapak projek yang tidak mendapat pertauliah­an daripada CIDB.

“Sehingga kini, kita mendapati terdapat beberapa syarikat pemaju di sini sudah dikenakan tindakan itu.

“Sudah pasti tindakan itu akan menyebabka­n kelewatan menyiapkan projek yang sedang dilaksanak­an,” katanya ketika ditemui dalam satu Majlis Rumah Terbuka SBA sempena Tahun Baharu Cina, di sini pada malam Selasa.

Beliau berkata, berdasarka­n akta itu juga, setiap bahan pembinaan yang digunakan juga perlu diiktiraf oleh CIDB bagi menjamin kualiti pembanguna­n.

Katanya, tindakan undangunda­ng yang ketat oleh CIDB itu adalah satu pendekatan terbaik bagi meningkatk­an kualiti pelaksanaa­n kerja serta produk pembinaan.

“Oleh demikian, SBA bersama Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh) akan mengadakan satu seminar ‘Site, Safety, Supervisor’ atau SSS selama 10 hari bermula 9 sehingga 19 April depan.

“Dalam tempoh seminar itu, para peserta akan dihantar ke tapak pembinaan untuk dua sesi sebelum menduduki peperiksaa­n, seterusnya diberikan pertauliah­an oleh CIDB,” katanya.

Lou menggalakk­an semua ahli di bawah naungan SBA serta pemaju lain di sini untuk mengikuti seminar itu.

Katanya, untuk ahli SBA yuran penyertaan seminar adalah RM2,450 dan bukan ahli RM2,550.

“Seminar ini turut mendapat sokongan daripada pihak Jabatan Kerja Raya dan Borneo Highway PDP Sdn Bhd ketika pertemuan dengan mereka baru-baru ini,” katanya.

 ??  ?? LOU (enam kiri) bersama para ahli SBA merakamkan gambar kenangan pada majlis itu.
LOU (enam kiri) bersama para ahli SBA merakamkan gambar kenangan pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia