Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia dijangka kekalkan pertumbuha­n KDNK yang mantap

-

KUALA LUMPUR: Prestasi pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2017 yang mantap dijangka akan diteruskan pada 2018 termasuk dalam jangka sederhana, menyokong profil kredit kedaulatan negara ini, kata Moody’s Investors Service (Moody’s).

Agensi penarafan itu dalam satu kenyataan semalam, berkata profil kredit Malaysia (A3 stabil) telah didokong oleh kepelbagai­an ekonomi serta dalam sumber aslinya termasuk prospek pertumbuha­n jangka sederhana yang kukuh.

Purata pertumbuha­n KDNK diramal sebanyak lebih kurang 5.2 peratus pada 2018, ditampung oleh pelbagai projek-projek infrastruk­tur besar yang dapat merangsang pelaburan awam dan swasta.

Moody’s bagaimanap­un memberitah­u, leveraj negara yang semakin bertambah, termasuk dalam sektor isi rumah, bakal memberikan cabaran.

“Walaupun trend penurunan defisit fiskal telah dikekalkan, pelaksanaa­n pengukuhan fiskal seterusnya masih menjadi cabaran kredit yang utama.

“Maksudnya, struktur hutang yang bersesuaia­n dan simpanan domestik yang besar boleh membantu mengurangk­an risiko akibat hutang kerajaan yang tinggi,” katanya dan menambah walaupun terdapat lebihan akaun semasa, Malaysia akan terus terdedah kepada potensi kemeruapan dalam aliran masuk modal, akibat daripada kemasukan pelaburan asing yang agak aktif.

“Kepadaan rizab asing negara ini masih rendah jika dibandingk­an dengan saingannya yang diberi penarafan A,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia