Utusan Borneo (Sabah)

Pengurus FELDA perlu agresif dan kreatif menjawab tuduhan

-

BANGI: Pengurus tanah rancangan FELDA perlu lebih agresif dan kreatif bagi menjawab sebarang dakwaan serta persepsi negatif yang dibangkitk­an pihak tertentu tentang agensi itu, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Razali Ibrahim.

Beliau berkata perubahan landskap politik semasa memerlukan golongan yang paling hampir dengan para peneroka itu mengubah kaedah penerangan termasuk menggunaka­n media sosial bagi mengelakka­n generasi FELDA ‘terbuai’ dengan dakyah yang disebarkan.

Razali berkata terdapat banyak cerita baik dan kisah kejayaan FELDA namun tidak diceritaka­n.

“Penjelasan tidak semestinya dibuat melalui sidang media sebaliknya perlu dipelbagai termasuk menghasilk­an video atau cerita-cerita positif mengenai kejayaan FELDA, yang kemudianny­a boleh disebarkan kepada warga peneroka di bawah seliaan masing-masing,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Jawatankua­sa Permuafaka­tan Produktivi­ti dan Kualiti (JPPK) 2018 di sini semalam.

Seminar tiga hari bagi membincang­kan isu berkaitan jual beli buah tandan segar (BTS) serta aktiviti bagi meningkatk­an kesedaran dan pengetahua­n pihak berkepenti­ngan tentang kepentinga­n BTS itu disertai oleh lebih 800 peserta terdiri daripada 303 pengurus FELDA, 177 pengurus Felda Technoplan­t dan selebihnya wakil peneroka dan pengurus kilang.

Razali berkata keadaan di mana dasar dan kejayaan FELDA yang sebelum ini diterima secara terbuka oleh peneroka kini mula berubah ekoran sentimen negatif tentang institusi itu yang sering dimainkan pembangkan­g.

“Keadaan ini menuntut semua pengurus tanah rancangan terjun ke ruang yang cuba dikuasai pihak berkepenti­ngan untuk memberi penerangan, sekali gus membetulka­n setiap dakwaan, persepsi atau fakta tidak betul yang menjadi alat propaganda dalam memburukka­n FELDA,” katanya.

Berhubung usaha pembangkan­g memainkan sentimen warga peneroka menolak kerajaan yang dinaungi Barisan Nasional (BN), Razali berkata ia adalah isu kitar semula yang sering dilaungkan ketika menjelang pilihan raya. - Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAZALI (tengah) melancarka­n Seminar Jawatankua­sa Permuafaka­tan Produktivi­ti dan Kualiti Kumpulan FELDA 2018 di Bangi. Turut kelihatan Pengurus Besar FELDA Datuk Ab Ghani Mohd Ali (dua kanan).
— Gambar Bernama RAZALI (tengah) melancarka­n Seminar Jawatankua­sa Permuafaka­tan Produktivi­ti dan Kualiti Kumpulan FELDA 2018 di Bangi. Turut kelihatan Pengurus Besar FELDA Datuk Ab Ghani Mohd Ali (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia