Utusan Borneo (Sabah)

Shell FuelSave Diesel Euro 5 untuk pemilik kenderaan di Sarawak

- Oleh ADRIANA MROON AMBROSE

KUCHING: Pemilik kenderaan menggunaka­n bahan api diesel yang kian bertambah saban hari bakal memanfaatk­an Shell FuelSave Diesel Euro 5.

Ia baharu sahaja dilancarka­n di stesen petrol Shell di bandar Bintulu dan akan diikuti selepas ini ke bandar-bandar lain di Miri, Kuching dan Sibu.

“Kita dengan bangganya mengumumka­n pelancaran Shell FuelSave Diesel Euro 5 di Sarawak.

“Produk baharu ini akan memberikan kepuasan kepada pelanggan kami di Sarawak tanpa perlu berfikir banyak sepanjang perjalanan mereka ke mana jua,” kata Pengarah Urusan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain dalam satu kenyataan akhbar semalam.

Beliau menambah, ia juga selari dengan strategi bagi memberikan pembersiha­n dan inovasi yang lebih bertenaga, berkaitan dengan keupayaan Shell dalam teknologi minyak.

Shell FuelSave Diesel Euro 5 diformulas­ikan dengan teknologi DYNAFLEX, iaitu molekul memendap kekotoran bagi pembersiha­n enjin yang lebih nyata.

Teknologi itu juga berupaya membersih dan menjaga sistem komponen minyak seperti penginjap minyak daripada berlaku endapan yang memperlaha­n prestasi kenderaan itu.

Tambahan pula keluaran terkini produk, Shell FuelSave Diesel Euro 5 mengandung­i kurang daripada 10 mg/kg sulfur, menjadikan ia amat sesuai dengan kenderaan berenjin diesel yang moden yang memerlukan kandungan diesel kurang sulfur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia