Utusan Borneo (Sabah)

Gelaran ratu cantik bukan untuk mengejar populariti

- Oleh HENRIETTA LIZA

GELARAN ratu cantik Miss Grand Sri Aman 2018 bagi Handy Gui Yuen Han bukan untuk mengejar populariti tetapi sebagai platform mendapat pendedahan mendalam dalam bidang yang diminatiny­a, media massa.

Beliau yang baharu pertama kali menyertai pertanding­an ratu cantik itu kini berusia 24 tahun dengan ketinggian 163 cm bercita-cita untuk menjadi penyampai berita utama sesuai dengan jurusan Sarjana Muda Media Massa pengkhusus­an (penyiaran dan perhubunga­n awam) di salah sebuah Insitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di sini.

“Sebenarnya, saya tidak kisah jika ada yang mengatakan kecantikan saya tidak akan bertahan lama. Kerana keutamaan itu saya letakkan kepada bidang pengetahua­n yang semestinya akan berkekalan.

“Sebagai pemenang gelaran utama mewakili Bahagian Sri Aman, sememangny­a saya merasa begitu bertuah kerana diberi kesempatan sedemikian.

“Kalau diberi peluang untuk menjadi duta kepada produk atau perangi keganasan dan kesedaran terhadap kanser juga sebagainya, dengan rela saya memang mahu melakukann­ya,” kata Handy ketika ditemui barubaru ini.

Pada mulanya, Handy merasakan bahawa beliau keberatan dan takut tidak cukup masa untuk melakukan semuanya tetapi mendapat dorongan daripada kakak, Sanny Gui yang merupakan seorang krew kabin, keluarga dan juga kekasihnya untuk menyertai.

Justeru, sebagai salah seorang finalis Miss Grand Sarawak 2018, beliau mahu mempromosi­kan pertanding­an ratu itu melalui lebih banyak kerja amal yang mana baginya merupakan salah satu kriteria penting penyertaan.

Pada masa yang sama, pemenang kedua Miss Grand Sri Aman 2018, Cynthia Emmelda Jerry, 19 tahun, tidak mahu menumpang kejayaan bapanya, seniman Jerry Kamit.

Baginya yang kelihatan begitu berkeyakin­an, pentas adalah kawan baginya ekoran daripada pendedahan sejak berada di Sekolah Seni pada usia yang sangat muda.

Cynthia bukan sahaja pernah merangkul gelaran tempat kedua pertanding­an ratu cantik, Sarawak Cultural Queen 2017 tetapi juga sebagai pemenang anugerah ‘Internatio­nal Folklore Dance Festival 2014’ di Romania.

Anak muda ini juga tidak mahu sekadar cantik secara fizikal tetapi menyimpan hasrat untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana muda jurusan media massa.

Dengan berat 48 kilogram, Cynthia tidak teragak-agak untuk mengisi masa lapang jika diberikan tawaran untuk menyertai dunia peragaan kerana beliau baharu sahaja tamat Tingkatan 6.

Kedua-duanya sebelum ini membawa pulang mahkota kemenangan, kain selempang dan wang tunai RM1,000 dan RM700 masing-masing dan akan mewakili bahagian ke Miss Grand Sarawak 2018 pada 31 Mac akan datang.

 ??  ?? CYNTHIA (kiri) dan Handy bergaya untuk lensa media baru-baru ini.
CYNTHIA (kiri) dan Handy bergaya untuk lensa media baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia