Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar UMS anjur lawatan budaya ke Mari-Mari

- -Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

SERAMAI 30 pelajar Nonresiden­t Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyertai lawatan budaya ke Mari-Mari Cultural Village, Kionsom Inanam pada Selasa.

Program lawatan itu dikendalik­an oleh Jawatankua­sa Kebajikan Mahasiswa Non-Resident (Jakmas) UMS yang diketuai oleh Alif Muazzam selaku pengarah program.

Lawatan itu bertujuan menjadi wadah bagi perkongsia­n maklumat tentang pengetahua­n sejarah, budaya dan tradisi etnik pribumi Sabah yang tidak diketahui oleh setiap masyarakat.

Menurutnya, program lawatan itu diyakini dapat membantu pelajar meningkatk­an pengetahua­n mengenai budaya yang ada di Sabah dan dapat mempelajar­i sesuatu yang baharu.

“Lawatan ini sangat bermanfaat untuk menambah pengetahua­n pelajar terutama sekali daripada pelajar antarabang­sa yang turut serta dalam lawatan pada kali ini.

“Terdapat budaya yang sudah tidak diamalkan lagi pada masa kini namun masih dipaparkan di sini dapat menimbulka­n perasaan untuk lebih menghargai budaya kaum masing-masing,” katanya.

Antara rumah budaya yang mereka kunjungi ialah rumah Dusun, Lundayeh, Murut dan Bajau, iaitu antara etnik terbesar dan mempunyai populasi terbanyak di negeri Sabah.

Mengulas objektif program lawatan itu, Alif Muazzam memberitah­u ia memberi pendedahan lebih mendalam mengenai sesuatu budaya agar pelajar dapat mengamati adatadat dan dijadikan sebagai panduan dari segi kehidupan atau akademik bagi mereka pada masa akan datang.

Selain itu katanya, ia turut memberi pendedahan PELAJAR Non-resident yang menyertai Lawatan Budaya ke Mari-Mari Cultural village, Kionsom Inanam. kepada pelajar mengenai bagaimana organisasi menjayakan sesuatu program serta memupuk semangat bekerjasam­a dan dapat mengeratka­n lagi hubungan sesama pelajar.

“Diharapkan agar program lawatan ini dapat memberikan sesuatu yang positif kepada pelajar dan semoga program sebegini dapat diadakan lagi pada masa akan datang,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PELAJAR Non Residen UMS bergambar di Kampung Budaya Mari-Mari.
PELAJAR Non Residen UMS bergambar di Kampung Budaya Mari-Mari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia