Utusan Borneo (Sabah)

SK Tinusa wakili Sabah

Program Patrol Denggi kebangsaan 2018

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Sekolah Kebangsaan (SK) Tinusa di sini terpilih bagi mewakili Sabah ke Pertanding­an Patrol Denggi Peringkat Kebangsaan 2018.

Menerusi pertanding­an itu, pihak sekolah perlu melaksanak­an aktiviti sepanjang program yang berlangsun­g dari 20 Februari hingga 21 Mei depan. Antaranya, gotong-royong, persembaha­n dan pameran yang bertepatan dengan syarat penyertaan Patrol Denggi yang melibatkan pihak sekolah dan masyarakat luar bagi memberi kesedaran mengenai bahaya denggi.

Guru Besar SK Tinusa Haji Ashmar Labadu berkata, bagi pertanding­an berkenaan, sekolah mereka akan

“Kumpulan pihak sekolah yang terdiri daripada murid, guru dan penduduk setempat akan turun ke lokasi bagi menjalanka­n gotong-royong membersihk­an kawasan yang telah dikenalpas­ti. Pihak ” sekolah memilih 30 lokasi untuk tujuan ini. HAJI ASHMAR LABADU Guru Besar SK Tinusa

bertanding dengan 14 negeri lain di seluruh negara.

Katanya, program itu merupakan salah satu agenda negara bagi memerangi wabak denggi serta mendidik dan meningkatk­an kesedaran dalam kalangan pelajar sekolah dan masyarakat.

“Pihak sekolah menyeru warga sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat untuk memberi sokongan padu kepada program itu. Antara usaha itu termasuk ‘like’ dan ‘share’ laman ‘Dengue Patrol Sekolah Kebangsaan Tinusa Sandakan’ di laman sosial Facebook, Instagram, Whatsapp dan YouTube.

“Selain itu, kerjasama komuniti setempat dengan pihak sekolah dalam aktiviti gotong-royong dan sesi kempen kesedaran juga amat diperlukan.

“Kumpulan pihak sekolah yang terdiri daripada murid, guru dan penduduk setempat akan turun ke lokasi bagi menjalanka­n gotong-royong membersihk­an kawasan yang telah dikenalpas­ti. Pihak sekolah memilih 30 lokasi untuk tujuan ini,” katanya sempena Program Patrol Denggi 2018 Peringkat Negeri Sabah di SK Tinusa, di sini pada Selasa.

Majlis pelancaran program itu disempurna­kan oleh Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Sungai Sibuga Datuk Haji Salzo Asa. Hadir sama, Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan Sh Mahada Sh Attar dan Yang Dipertua PIBG SK Tinusa Hajah Aminah Haji Hassan.

Pada majlis itu juga, Salzo turut mengumumka­n sumbangan sebanyak RM2,000 untuk membantu pihak sekolah dalam melaksanak­an aktiviti di bawah program berkenaan.

Sementara itu, Pegawai Perubatan dan Kesihatan Kawasan Sandakan Dr Nafshah Dulajis memberitah­u kerjasamab­erterusand­aripada semua pihak amat penting dalam usaha menurunkan sekaligus mengekang penularan wabak denggi.

Untuk rekod, Sandakan kini terletak di tempat ketujuh tertinggi dengan kes denggi di seluruh Sabah berbanding tempat ketiga sebelum ini. Selain itu, jumlah kes denggi di daerah ini bagi tahun lalu juga turun hampir 50 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Masyarakat perlu faham nyamuk denggi berpunca daripada jentik-jentik. Meskipun pihak Jabatan Kesihatan melakukan semburan kabus, namun sekiranya penduduk tidak menghapusk­an tempat pembiakan jentik-jentik, kita masih berdepan masalah yang sama.

“Oleh itu, kerjasama pelbagai pihak terutama penduduk setempat amat penting. Salah satu usaha yang boleh kita lakukan adalah dengan menyokong program ini sekaligus turut serta dalam aktiviti turun padang yang akan diadakan,” jelasnya.

Program Patrol Denggi telah dilancarka­n pada 2011 dan ia merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Sanofi Pastuer dalam mengambil langkah proaktif bagi meningkatk­an kesedaran mengenai denggi terutama dalam kalangan generasi muda.

 ??  ?? SALZO bersama tetamu jemputan lain menyatakan sokongan terhadap program Patrol Denggi di SK Tinusa.
SALZO bersama tetamu jemputan lain menyatakan sokongan terhadap program Patrol Denggi di SK Tinusa.
 ??  ?? SALZO (dua kiri) menyerahka­n watikah pelantikan AJK Patrol Denggi kepada salah seorang murid.
SALZO (dua kiri) menyerahka­n watikah pelantikan AJK Patrol Denggi kepada salah seorang murid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia