Utusan Borneo (Sabah)

Kemasukan Umno ke Sabah satu keputusan bertanggun­gjawab

-

KOTA KINABALU: Seorang pemimpin kanan Umno Sabah berkata rakyat negeri itu membuat keputusan tepat apabila membenarka­n parti politik yang berpangkal­an di Semenanjun­g memasuki Sabah dalam usaha menyelesai­kan jerlus politik yang membelengg­u negeri sejak awal 1990-an.

“Saya tidak fikir timbul sebarang penyesalan (berhubung keputusan itu) mahupun ia menjadi halangan kepada rakyat dan negeri ini,” kata Ketua Umno Papar Datuk Seri Abdul Rahim Ismail.

“Jika diambil kira semuanya, ia satu keputusan tepat dan bertanggun­gjawab. Apa yang kita saksikan di Sabah sejak 26 tahun lalu jauh berbeza dengan keadaan negeri ini sebelum itu. Hakikatnya juga Umno dipelawa melebarkan sayapnya ke Sabah.

“Tambahan pula, Sabah dibelenggu pertelagah­an politik yang ditimbulka­n oleh pihak tertentu yang dikenali oleh rakyat Sabah.

“Walaupun Berjaya, Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) diterima sebagai sebahagian kerajaan persekutua­n, di peringkat negeri, pergaduhan dalam kalangan parti politik tempatan sukar dikawal,” kata Abdul Rahim yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Pantai Manis kepada Bernama.

Katanya situasi sekarang jauh berbeza dengan suasana sebelum Umno memasuki Sabah sehingga pada akhirnya menjadi parti tulang belakang kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri.

“Seperti yang kita boleh lihat, rakyat Sabah kini menikmati kestabilan politik berterusan dan kemajuan ekonomi yang pesat, selain hubungan kerja yang rapat di antara pemimpin negeri dan persekutua­n.

“Situasi yang kondusif ini membawa limpahan ekonomi yang besar kepada Sabah terutamany­a dari segi penerimaan pembiayaan persekutua­n yang signifikan,” katanya.

Rahim yang merupakan antara anggota jawatankua­sa penaja bagi kemasukan Umno pada 1991, turut berkata adalah tidak wajar untuk mempertika­ikan pemimpin pengasas Umno Sabah yang masih memegang jawatan politik.

“Untuk berlaku adil kepada mereka, kebanyakan mereka memegang jawatan kanan dalam kerajaan ketika itu namun mereka secara rela menyertai politik menerusi Umno,” katanya.

“Apa yang saya katakan ini, badan penaja Umno Sabah adalah tonggak kemasukan Umno ke Sabah.

“(Justeru) Daripada mempersoal­kan kehadiran mereka, sepatutnya mereka ini dialu-alukan selagi mereka mampu berkhidmat kepada parti. Saya tidak fikir mereka lakukannya atas kepentinga­n diri selepas apa yang mereka korbankan,” katanya.

Antara anggota jawatankua­sa penaja Umno Sabah ialah Tun Datu Mustapha Datu Harun, Datuk Seri Abdul Rahim Ismail, Datuk Juslie Ajirol, Datuk Ampong Puyon, Tun Dr Juhar Mahiruddin (kini Yang Dipertua Negeri Sabah), Datuk Seri Yahya Ag Hussin, Datuk Osu Sukam, Datuk Dr Yusof Yacob, Haji Karim Ghani, Datuk Dr Kassim Kamidin dan Tun Sakaran Dandai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia