Utusan Borneo (Sabah)

Jet Syria, Rusia terus bedil Ghouta Timur

Hari kedua berturut-turut ragut lebih 100 jiwa, sebuah lagi hospital tidak dapat diguna

-

ARBIN: Serangan udara oleh Syria dan Rusia ke atas kawasan yang dikuasai pemberonta­k di Ghouta Timur mengorbank­an lebih 100 orang awam untuk hari kedua berturut-turut dan menyebabka­n sebuah lagi hospital tidak dapat di-gunakan.

Dalam perkembang­an besar dalam perang selama tujuh tahun yang rumit di Syria, Damsyik turut menghantar pejuang prorejim ke wilayah utara Afrin, di mana mereka diserang oleh tentera Turki yang menyerang kawasan yang dikuasai Kurdis itu.

Di pinggir Damsyik, sera-ngan udara, roket dan arti-leri telah melanda kawasan Ghouta Timur itu dipercayai sebagai persiapan bagi sera-ngan darat oleh kerajaan.

Sekurang-kurangnya 250 orang awam sudah maut sejak serangan bermula Ahad lepas, antaranya puluhan kanak-kanak, kata Observator­i Hak Asasi Manusia Syria.

Serangan bom kelmarin mengorbank­an 106 orang awam, termasuk 19 kanak-kanak, kata pemantau perang yang berpangkal­an di Britain itu.

Ia merupakan hari kedua berturuttu­rut di mana jumlah kematian awam mencecah 100, selepas 127 terbunuh Isnin lepas dalam hari paling berdarah dalam tempoh empat tahun di Ghouta Timur.

Serangan itu menyebabka­n sebuah hospital penting tidak dapat berfungsi, sekali gus membataska­n lagi bantuan perubatan yang dapat diakses oleh orang awam yang terkepung.

“Hospital Arbin diserang dua kali pada hari ini dan sekarang tidak dapat digunakan,” kata Mousa Naffa, pengarah wilayah di Jordan bagi Persa-tuan Perubatan Syria Amerika (SAMS), yang menyokong hospital tersebut.

Observator­i menyalahka­n pesawat perang Rusia, dan berkata Moscow melancarka­n serangan pertamanya dalam tempoh tiga bulan ke atas Ghouta Timur.

Wilayahyan­gdikuasaip­emberontak itu kononnya dimasukkan ke dalam satu perjanjian untuk mengu-rangkan keganasan, tetapi Presiden Bashar alAssad dipercayai sedang menyediaka­n tentera untuk serangan darat bagi menawan semula wilayah tersebut.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres “amat bimbang mengenai situasi yang semakin buruk di Ghouta Timur dan impaknya yang dahsyat ke atas orang awam”, kata jurucakapn­ya Stephane Dujarric.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat Heather Nauert mengkritik “taktik kepung dan lapar” rejim Assad dan berkata: “Penamatan keganasan mesti bermula sekarang.”

Ghouta Timur diduduki lebih 400,000 orang yang tinggal di bawah kepungan kerajaan yang melumpuhka­n, dengan akses sedikit kepada sumber perubatan atau makanan.

PBB berkata enam hospital telah diserang di wilayah ber-kenaan dalam tempoh 48 jam, selain hospital di Arbin.

Sekurang-kurangnya tiga tidak dapat digunakan lagi dan dua lagi dapat berfungsi sebahagian­nya, kata penyelaras kemanusiaa­n wilayah PBB bagi Syria, Panos Moumtzis.

“Ia tidak dapat dibayang-kan apa yang berlaku di Ghouta Timur pada hari ini,” katanya.

“Penderitaa­n tidak terkira tidak dapat diterima, dan penduduk tidak tahu sama ada mereka akan hidup atau mati. Mimpi ngeri di Ghouta Timur mesti dihentikan dan mesti dihentikan sekarang.”

Beberapa jam sebelum hospital Arbin dibom, seorang doktor di sana bercakap me-ngenai mangsa yang mereka telah rawat.

“Tarikh 19 Februari me-rupakan antara hari terburuk yang pernah kami lalui dalam sejarah krisis ini,” kata Abu al-Yasar kepada AFP. Dia menceritak­an bagai-mana dia merawat seorang bayi berusia setahun dengan kulit biru dan denyutan nadi yang lemah, selepas bayi itu diselamatk­an dari bawah runtuhan.

“Saya membuka mulutnya untuk memasukkan tiub pernafasan dan saya mendapati ia penuh dengan tanah,” kata Abu al-Yasar.

Dia mengeluark­an tanah secepat mungkin, memasukkan tiub pernafasan dan berjaya menyelamat­kan bayi itu.

“Ini hanyalah satu cerita di antara ratusan mangsa yang cedera.”

Pertumpaha­n darah itu mendorong agensi kanak-kanak PBB UNICEF untuk mengeluark­an satu kenyata-an yang menyebut “kami tidak lagi ada kata-kata untuk menggambar­kan penderitaa­n kanak-kanak”.

 ?? — Gambar AFP ?? SEORANG lelaki membaca doa di sebelah jenazah orang awam yang terbunuh semasa serangan udara di bandar dikuasai pemberonta­k di Arbin di wilayah Ghouta Timur di pinggir ibu negara Damsyik kelmarin.
— Gambar AFP SEORANG lelaki membaca doa di sebelah jenazah orang awam yang terbunuh semasa serangan udara di bandar dikuasai pemberonta­k di Arbin di wilayah Ghouta Timur di pinggir ibu negara Damsyik kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia