Utusan Borneo (Sabah)

Lima kematian warga emas mencurigak­an disiasat

-

SYDNEY: Seorang doktor telah dilaporkan kepada jabatan kesihatan manakala tiga jururawat dipecat berhubung kematian lima orang yang mencurigak­an di sebuah kemudahan penjagaan warga emas yang dikendalik­an oleh Gereja Baptist di Australia, kata pihak berkuasa semalam.

Mereka yang mati merupakan pesakit penjagaan paliatif di pusat Carinity Fairfield Grange di bandar utara Townsville, dan kematian mereka sedang disiasat oleh polis, koroner dan pejabat kawalan yang dimaklumka­n oleh seorang anggota kakitangan yang prihatin.

Akhbar The Australian, yang melaporkan­beritaitu, berkata30 kematian pada keseluruha­nnya sejak pembukaan kemudahan terbabit pada Ogos 2016 sedang disiasat.

Ia berkata morfin dan ubat penenang didakwa diberikan dengan dos yang menyebabka­n kematian kepada sekurangku­rangnya seorang penghuni yang mempunyai kesihatan fizikal yang agak baik.

Ketua Eksekutif Carinity, Jon Campbell, berkata jururawat bertindak di bawah arahan doktor, dan memberi jaminan kepada penghuni bahawa mereka kini selamat.

“Apabila kami menyedari tentang pelanggara­n prose-dur pada 21 November, kakitangan terbabit telah di-keluarkan dari tempat kerja dan perkara itu dilaporkan kepada pihak berkuasa yang relevan,” beliau menyebut dalam satu kenyataan.

“Kami amat sedih dengan kejadian ini dan menyampaik­an simpati kami yang ikhlas kepada keluarga yang terjejas. Kami sudah berjumpa dengan keluarga yang telah diberi penjagaan pastoral dan sokongan kaunseling.”

Campbell berkata perkara itu kini sedang disiasat oleh polis dan koroner dan “kami bekerjasam­a sepenuhnya dengan siasatan mereka”.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia