Utusan Borneo (Sabah)

Sepupu ‘ikan paling hodoh’ dijumpai di lurah Australia

-

SYDNEY: Lebih 100 spesies ikan yang jarang sekali dilihat telah dinaikkan dari sebuah lurah yang dalam dan sejuk di perairan Australia sewaktu satu pelayaran saintifik, kata penyelidik semalam, termasuk sepupu kepada “haiwan paling hodoh di dunia”

Saintis menghabisk­an masa sebulan pada tahun lepas di atas sebuah kapal di perairan tepi pantai timur negara sambil me-ninjau kehidupan yang ada sehingga 4.8 kilometer di bawah permukaan air, dengan menggunaka­n jaring, sonar dan kamera laut dalam.

Lebih 42,000 ikan dan invertebra­t ditangkap, sebahagian­nya berpotensi spesies baharu, dansaintis­akanberhim­pun di ibu negeri Tasmania, Hobart, pada minggu ini untuk meneliti mereka dengan lebih dekat.

Mereka termasuk ikan blob, yang merupakan sepupu kepada Mr Blobby, yang dipilih sebagai haiwan paling hodoh di dunia pada 2013 oleh Persatuan Pemelihara­an Haiwan Hodoh dan menjadi sensasi media global.

Blobby, dari keluarga ‘psychrolut­idae’, dijum-pai di perairan pantai New Zealand pada 2003 dan diberi nama tima-ngan itu oleh saintis yang menjumpain­ya.

Spesies lain yang dijumpai sewaktu pelayaran pada tahun lepas termasuk ikan jerung ‘cookie-cutter’ yang bio-lutsinar dengan gigi bergerigi yang tajam seperti pisau cukur, tangkapan ikan cicak yang menakutkan, dan ikan tripod yang anggun dan menopang diri di atas dasar laut dengan sirip panjang sambil menunggu makanan hanyut hingga ke jangkauan.

Saintis sebelum ini memberitah­u mereka turut menemui seekor ikan tanpa muka yang luar biasa, dan pernah direkodkan hanya sekali sahaja sebelum itu oleh kru perintis kapal HMS Challenger di perairan Papua New Guinea pada 1873.

Pakar iktiologi Museums Victoria, Martin Gomon, berkata perhimpuna­n di Hobart merupakan usaha sistematik pertama untuk meneliti kehidupan pada kedalaman zon lurah di sepanjang kawasan pantai Australia yang begitu luas.

“Penemuan ini memberi gambaran kepada kita tentang bagaimana fauna marin kita menyesuaik­an diri dengan persekitar­an lurah yang saling berkaitan di seluruh dunia dan bagi saintis, menambah satu lagi bahagian kepada tekateki mengenai perkara yang mempengaru­hi evolusi dalam laut dalam,” katanya.

 ?? — Gambar AFP ?? GAMBAR serahan CSIRO yang dirakam Asher Flatt dari Fasiliti Kebangsaan Marin di Hobart menunjukka­n ikan blob yang dinaikkan dari kedalaman 2.5 kilometer di perairan New South Wales, Australia.
— Gambar AFP GAMBAR serahan CSIRO yang dirakam Asher Flatt dari Fasiliti Kebangsaan Marin di Hobart menunjukka­n ikan blob yang dinaikkan dari kedalaman 2.5 kilometer di perairan New South Wales, Australia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia