Utusan Borneo (Sabah)

Vinasaluk FC juara bola sepak

Karnival Sukan P.181 Tenom

- Oleh DELLROY

TENOM: Pasukan Vinasaluk FC muncul juara kategori Bola Sepak Tertutup 9 Sebelah pada Karnival Sukan P.181 Tenom anjuran Pergerakan Pemuda Umno Tenom yang berlangsun­g selama tiga hari di sini.

Manakala tempat kedua, ketiga dan keempat masingmasi­ng dimenangi oleh pasukan Batu 90 FC, Fama FC dan Kalibatang FC.

Johan membawa pulang wang tunai RM5,000, tempat kedua RM3,000, tempat ketiga dan keempat masing-masing RM2,000 dan RM1,000 berserta medal dan piala.

Sementara itu, anugerah Penjaga Gol Terbaik diberikan kepada Jahilon Ulim dari pasukan Kalibatang Lama, manakala Pasukan Terbaik kepada pasukan Kalibatang Lama A, Pemain Terbaik kepada Herman Orkodimus (pasukan Batu 90) dan Penjaring Terbanyak diberikan kepada Marijus Agindul (pasukan Vinsaluk FC).

Pemenang anugerah masing-masing menerima hadiah RM100 manakala Pasukan Terbaik menerima satu set jersi.

Bagi kategori Bola Tampar Terbuka Lelaki, juara disandang pasukan Tungkurian (Lahad Datu) tempat kedua, ketiga dan keempat masing-masing dimenangi pasukan TVT (Putatan), Venom dan Manjary (Keningau).

Bagi kategori Wanita Terbuka, johan disandang pasukan DWAYS (Nabawan) tempat kedua, ketiga dan keempat masing-masing dimenangi pasukan Saba Team (Kudat), Utom (Tenom) dan TKS (Tenom).

Johan bagi kategori ini membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, tempat kedua RM2,000, ketiga RM1,000 berserta medal dan tempat keempat membawa pulang hadiah RM500.

Sementara itu, bagi kategori Sepak Takraw johan disandang oleh pasukan Upko Pensiangan A, tempat dua pasukan EX Sabah sementara tempat ketiga dimenangi oleh pasukan PDRM B dan permata B.

Kategori ini turut membawa pulang wang tunai RM3,000 (johan), tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang hadiah RM2,000 dan RM1,000 berserta piala dan medal manakala tempat keempat RM500.

Pada karnival ini sebanyak 176 pasukan dengan penyertaan seramai tiga ribu orang dari seluruh negeri termasuk Negara Brunei Darussalam menyertain­ya.

Kesemua hadiah pemenang disampaika­n oleh Ketua Penerangan Umno Malaysia yang juga Ketua Pemuda Umno Tenom Jamawi Jaffar.

 ??  ??
 ??  ?? PASUKAN Tungkurian selaku johan bola tampar lelaki bergambar kenangan bersama Jamawi.
PASUKAN Tungkurian selaku johan bola tampar lelaki bergambar kenangan bersama Jamawi.
 ??  ?? JOHAN sepak takraw iaitu pasukan Upko Pensiangan dan pengurus mengabadik­an gambar kenangan bersama Jamawi.
JOHAN sepak takraw iaitu pasukan Upko Pensiangan dan pengurus mengabadik­an gambar kenangan bersama Jamawi.
 ??  ?? JAMAWI menyampaik­an hadiah kepada pasukan Vinasaluk FC selaku johan bola sepak.
JAMAWI menyampaik­an hadiah kepada pasukan Vinasaluk FC selaku johan bola sepak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia