Utusan Borneo (Sabah)

TSRAT, TAT anjur Larian Amal pada 18 Mac

-

TAMPARULI: Sekolah Rendah Advent Tamparuli (SRAT) dan Tadika Advent Tamparuli (TAT) akan mengadakan Larian Amal pada 18 Mac.

Pengerusi penganjur Zorab Jaipin (gambar) berkata, sebanyak enam kategori akan dipertandi­ngkan pada penganjura­n berkenaan.

“Orang ramai dipelawa untuk menyertai Larian Amal ini yang mana sebanyak enam kategori yang dipertandi­ngkan merangkumi larian 10 kilometer (km) kategori Lelaki dan Wanita Terbuka, Lelaki dan Wanita Veteran serta kategori Pelajar Lelaki dan Perempuan bawah 17 tahun.

“Turut diadakan acara Fun Run yang dikhususka­n untuk keluarga dan murid sekolah rendah serta murid tadika bawah 6 tahun dengan jarak larian tiga kilometer dan satu km dalam kawasan sekolah,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Katanya, bagi jarak 10 km, larian bermula dari SRAT menuju ke beberapa lokasi di sekitar Tamparuli sebelum kembali semula ke sekolah itu untuk menamatkan larian.

“Setiap peserta untuk larian 10 km ini juga akan menerima tshirt, medal dan sijil manakala bagi peserta acara Fun Run akan menerima sijil dan medal.

“Larian Amal yang diadakan buat julung kalinya ini turut mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk Persatuan Olahraga Daerah Tuaran dan Pesuruhjay­a Sukan Sabah,” tambahnya.

Zorab berkata, kelengkapa­n kecemasan dan kawalan keselamata­n yang terbaik akan disediakan untuk mengelakka­n sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sementara itu, pada pertanding­an berkenaan, johan bagi empat kategori masing-masing akan menerima RM500, naib johan (RM300), ketiga (RM200) dan tempat keempat sejumlah RM100.

Johan bagi kategori Pelajar Lelaki dan Perempuan bawah 17 tahun pula masing-masing menerima RM400, naib johan (RM200), tempat ketiga (RM100) dan tempat keempat (RM80).

Peserta yang berada di kedudukan kelima hingga ke-10 bagi setiap kategori juga akan menerima hadiah saguhati bernilai RM30.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia