Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 100 kereta dijangka sertai SURC

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Lebih 100 kereta pacuan empat roda dijangka akan mengambil bahagian dalam Cabaran 4x4 Rainforest Ultimate Sabah (SURC) 2018 yang akan berlangsun­g di Kota Belud pada 14-15 April.

Jurucakap mewakili penganjur DCcom David Chew berkata, cabaran itu dijangka turut disertai oleh para peserta dari Hong Kong, Negara Thai, Guam, Indonesia, Filipina dan negara jiran Brunei Darussalam.

“Cabaran ini dijangka akan menjadi cabaran hutan tropika terbesar yang pernah berlangsun­g di Sabah dan kami sudah tidak sabar menantikan kehadiran para peserta dari luar negara dan seluruh Malaysia.

“Objektif penganjura­n program dua hari satu malam ini ialah untuk membawa para peserta kembali dan menghayati pentingnya alam semulajadi selain mempelajar­i budaya dan tradisi masyarakat setempat khususnya di Kota Belud,” jelas beliau.

“Dalam masa yang sama, peluang pertemuan antara semua peserta pastinya akan membina persahabat­an baharu serta jalinan kerjasama ekonomi untuk masa hadapan.

“Penyertaan program ini hanya mengenakan yuran RM120 untuk seorang termasuk Kemeja-T cabaran, makanan dan tapak perkhemaha­n,” tambah David.

Sehubungan dengan itu, peminat-peminat tempatan yang berminat boleh mengesahka­n penyertaan atau mendapatka­n maklumat lanjut dengan menghubung­i David di talian 016-8100127 atau Chee Sin Hao di talian 016-8303867.

 ??  ?? DAVID Chew (kanan) dan Sin Hao semasa ditemui di ibu negeri baru-baru ini.
DAVID Chew (kanan) dan Sin Hao semasa ditemui di ibu negeri baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia