Utusan Borneo (Sabah)

Sasaran utama Azizulhasn­i pertahanka­n juara dunia

-

PUTRAJAYA: Mempertaha­nkan gelaran juara keirin dunia pada Kejohanan Dunia UCI 2018 di Apeldoorn, Belanda penghujung bulan ini adalah sasaran utama bagi jaguh berbasikal trek kebangsaan, Mohd Azizulhasn­i Awang pada tahun ini, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata meskipun Mohd Azizulhasn­i hanya meraih satu pingat perak dan satu gangsa menerusi acara pecut dan keirin pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2018 di Velodrom Nasional, Nilai namun kejohanan itu bukan sasaran utama pelumba yang mendapat jolokan ‘The Pocket Rocketman’ untuk tahun ini.

Khairy berkata untuk mempertaha­nkan gelaran juara dunia keirin bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia tidak hanya menguji kepantasan pelumba tetapi juga melibatkan strategi ketika perlumbaan.

“Saya percaya beliau kini berada dalam keadaan fizikal yang terbaik dan kini hanya tinggal bagaimana dia dapat membaca perlumbaan tersebut dan membuat pecutan terakhir pada masa strategik,” katanya kepada media selepas melancarka­n inisiatif ‘Jom Bertransak­si Tanpa Tunai @ KBS’ di sini pada Rabu.

Mengulas kegagalan pelumba trek wanita negara, Fatehah Mustapa menaiki podium di ATC, Khairy berkata beliau telah memaklumka­n kepada jurulatihn­ya, John Beasley untuk memberi lebih penumpuan pada prestasi atlet itu.

“Beliau (Fatehah) pada saya agak sedikit mengecewak­an kerana saya rasa beliau pun tahu prestasi yang ditunjukka­n tidaklah seperti yang diharapkan, ”katanya.

Dalam pada itu beliau memuji peningkata­n prestasi pada pelumba Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang berjaya memasuki peringkat akhir di kejohanan yang sama.

“Saya harap beliau akan dapat menghampir­i prestasi seperti Mohd Azizulhasn­i sebab kita perlu sentiasa membangunk­an generasi pelapis untuk sukan ini,”katanya.

Secara keseluruha­n, Malaysia meraih dua pingat emas, tiga pingat perak dan empat pingat gangsa pada kejohanan ATC itu.

 ?? -Gambar Bernama ?? KHAIRY (dua, kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Digi Albern Murty (dua, kanan) ketika melancarka­n aplikasi pembayaran mudah alih ‘vcash’ di kementeria­nnya pada Rabu. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementeria­n Belia dan Sukan, Datuk Lokman Hakim Ali...
-Gambar Bernama KHAIRY (dua, kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Digi Albern Murty (dua, kanan) ketika melancarka­n aplikasi pembayaran mudah alih ‘vcash’ di kementeria­nnya pada Rabu. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementeria­n Belia dan Sukan, Datuk Lokman Hakim Ali...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia