Utusan Borneo (Sabah)

Mulakan cabaran di tempat lawan

Lima permain senior perkuatkan skuad bawah 21 Sabah

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Skuad bawah 21 tahun Sabah akan memulakan cabaran dalam Kumpulan A liga Piala Presiden dengan empat perlawanan berturut-turut di tempat lawan bermula menentang Kedah di Stadium Tuanku Abdul Halim hari ini.

Selepas perlawanan dengan Kedah yang juga pasukan yang layak ke separuh akhir musim lalu itu, mereka akan kekal di Semenanjun­g untuk dua lagi perlawanan iaitu menentang Pahang di Temerloh pada 26 Februari dan MISC-MIFA di Negeri Sembilan pada 1 Mac sebelum balik.

Bagaimanap­un, skuad kendalian Johnny Dominicus itu akan ke Semenanjun­g semula untuk menamatkan empat perlawanan pertama di tempat lawan itu menentang Perlis pada 8 Mac.

Diperkuatk­an lima pemain dari skuad senior, pengurus pasukan, Mohd Yassin Aman meletakkan sasaran tanpa kalah dengan mengutip sekurang-kurangnya tujuh mata pada tiga perlawanan pertama.

“Kalau dapat kutip maksima sembilan mata, ia adalah bonus,” katanya ketika ditemui semasa pasukan menjalani latihan terakhir di Kompleks Sukan Kota Kinabalu pada Selasa lalu.

Lima pemain senior yang menyertai skuad muda itu adalah Mohd Aidil Safee, Hamran Peter, Stanley Sulong dan Evan Wensley Wenceslaus yang baru menandatan­gani kontrak sebagai pemain profesiona­l bulan lalu serta

“Kalau dapat kutip maksima sembilan mata, ia adalah ” bonus. MOHD YASSIN AMAN Pengurus pasukan

Mohd Sakri Masri yang sudah musim kedua bersama skuad senior.

Kelima-lima pemain yang bukan asing kerana merupakan bekas pemain skuad muda Sabah sama ada di Piala Presiden atau Piala Belia (bawah 19 tahun) itu dijangka akan memulakan perlawanan hari ini sebagai antara kesebelasa­n utama.

Turut dijangka dalam senarai kesebelasa­n utama Johnny adalah, Muhammad Zaki Sapri, Ranilson Batuil, Kelvin Pengiran, Mohd Syukri, Mohd Hizaz Lokman dan Arius Dius Jais.

Mohd Sakri ditugaskan sebagai penjaga gol utama manakala Evan di bahagian pertahanan ketua pasukan, Zaki, Ranilson dan Kelvin di bahagian pertahanan.

Mohd Aidil dan Stanley akan menggerakk­an bahagian tengah bersama Mohd Syukri dan Hizaz manakala Hamran akan berganding­an dengan Arius di bahagian serangan.

Turut berada dalam senarai 23 pemain yang di bawah berangkat pada Rabu adalah Adi Ali, Bellry Renno Ripin, Gerald Gadit, Eddey Ladius, Mohd Syahmil Nizam Igbal Khan, Suhaizan Nazmie Etin @ Abdullah, Zulkifly Harun, Suryan Shah Selamat, Fredric Fadzly Gusmia, Joslan Aping, Izan Rifaa dan Syaddad Luksin.

“Kamitelahb­uatsegalay­ang termampu mempersiap­kan pasukan dan saya boleh katakan bahawa kami sudah bersedia dan sedia mengharung­i cabaran musim ini. Kita tidak tahu sama ada apa yang telah kami lakukan dalam persiapan itu mencukupi tetapi saya pasti pasukan ini akan menjadi pencabar utama saingan musim ini.

“Mereka telah berkerja keras berlatih dan menunjukka­n disiplin tinggi serta komitmen dalam latihan. Mereka tahu akibatnya jika mereka melanggar kod disiplin tetapi setakat ini saya gembira dengan pasukan,” kata Yassin.

Mengenai empat perlawanan pertama berturut-turut di tempat lawan, Yassin berkata, ia adalahatas­permintaan­mereka sendiri bagi menjimatka­n kos.

Selepas empat perlawanan di tempat lawan itu, Sabah akan bermain dua perlawanan berturut-turut di gelanggang sendiri (Stadium Likas) iaitu menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 12 Mac dan Selangor United (15 Mac).

Saingan kemudian berehat kira-kira dua minggu. Selepas itu Sabah meneruskan cabaran dengan dua lagi perlawanan berturut-turut di tempat lawan iaitu menentang Melaka (2 April) dan Selangor (5 April).

“Selepas selesaikan perlawanan di tempat lawan itu kami akan bermain enam perlawanan berturut-turut di gelanggang sendiri dan diharap ia akan dimanfaatk­an sepenuhnya untuk memburu

sasaran mara ke pusingan suku akhir,” katanya.

Selain memburu kejayaan, Yassin juga menyifatka­n pasukan itu sebagai generasi emas kepada skuad bola sepak Sabah.

Sehubungan dengan itu beliau berharap pemain skuad itu akan dikekalkan untuk beberapa tahun sebagai persiapan menjadi pemain utama skuad senior.

 ??  ?? SKUAD bawah 21 tahun Sabah bergambar bersama selepas persiapan terakhir di Kompleks Sukan Kota Kinabalu pada Selasa. Skuad muda Sabah itu akan memulakan cabaran Liga Piala Presiden menentang Kedah hari ini.
SKUAD bawah 21 tahun Sabah bergambar bersama selepas persiapan terakhir di Kompleks Sukan Kota Kinabalu pada Selasa. Skuad muda Sabah itu akan memulakan cabaran Liga Piala Presiden menentang Kedah hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia