Utusan Borneo (Sabah)

Jelius mahu pemain kekal fokus

-

KOTA KINABALU: Biarpun berjiran, pertemuan antara Sabah dan Sarawak sentiasa menjanjika­n pertarunga­n sengit dan menarik.

Selain saingan sebenar dalam Liga Malaysia, pertemuan kedua-dua pasukan itu juga dikaitkan sebagai perlawanan bagi menentukan siapa yang lebih jaguh dalam bola sepak di Borneo.

Apapun, ketua jurulatih Sabah, Jelius Ating lebih suka melihat perkara itu sebagai cerita sampingan dan mahu skuad bimbingann­ya hanya fokus kepada sasaran memburu kemenangan apabila dua pasukan Borneo itu bertembung pada saingan Liga Premier di Stadium Likas pada Sabtu ini (24 Februari).

Jelius tidak mahu anak didiknya terpengaru­h dengan sebarang cerita sampingan termasukla­h masalah dakwaan rasuah yang dihadapi Sarawak.

Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) membuat kenyataan mengejut apabila mendakwa ada pemainnya terbabit dengan rasuah selepas kalah 2-3 kepada Felcra FC dalam aksi Liga Premier minggu lalu.

Susulan itu, dua pemain berusa 28 dan 29 tahun serta seorang lelaki yang disyaki berperanan sebagai `bookie’ ditahan reman selama enam hari bermula 15 Februari lalu untuk siasatan lanjut oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Jelius bagaimanap­un berkata, apapun keadaan lawan seharusnya tidak akan memesongka­n fokus pasukan untuk berjuang habis-habisan memburu kemenangan.

“Bagi saya dalam kes Sarawak ini cuma ada dua kemungkina­n, pertama ianya mungkin menjejaska­n persiapan mereka menghadapi kita dan yang kedua pula, pasukan itu mungkin telah menyelesai­kan masalah prestasi mereka sebelum ini.

“Bagaimanap­un, apa juga yang dihadapi lawan tidak akan mengubah tugas kita. Kita tetap akan berwaspada dan sentiasa berusaha sebaik mungkin untuk mempersiap­kan pasukan bagi menghadapi perlawanan itu,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Jelius berkata, persiapan pasukannya untuk menghadapi Sarawak berjalan lancar dengan kesemua pemainnya bebas daripada sebarang kecederaan.

“Kita juga bersyukur kerana memiliki masa kira-kira dua minggu sebelum perlawanan ini (bertemu Sarawak), ia memberi peluang kepada pemain untuk berehat terutama yang mengalami kecederaan selepas mengharung­i jadual yang padat, sebelum ini.

“Selain itu, kita juga sedang mencuba formasi baharu susulan kemasukan pertahanan import iaitu Francis (Kasonde) yang baru didaftarka­n, saya harap para pemain akan cepat menyesuaik­an diri dengan perubahan formasi dan taktikal ini,” katanya.

Sabah kini di kedudukan kedua liga dengan tujuh mata, hasil daripada dua kemenangan dan sekali seri.

 ??  ?? JELIUS
JELIUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia