Utusan Borneo (Sabah)

11 DIBERKAS POLIS

Disyaki terbabit kumpulan pengganas Dedah cubaan ASG tubuh sel di Sabah

-

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Filipina yang dipercayai pernah terlibat dalam beberapa siri latihan ala tentera di salah sebuah kem di selatan Filipina antara 11 individu yang ditahan di Sabah dan Singapura kerana disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun (gambar) berkata lelaki itu ditahan di Sandakan, Sabah bersama empat individu lain masing-masing dua warga tempatan dan Filipina dalam tangkapan yang dilakukan oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman pada 25 dan 26 Jan lepas.

Menurutnya, lelaki berusia 39 tahun itu pernah berbai’ah taat setia di hadapan pemimpin kanan kumpulan pengganas di selatan Filipina pada 2000.

“Suspek juga menerima arahan daripada seorang pemimpin kanan kumpulan pengganas Daesh di selatan Filipina untuk menguruska­n kemasukan beberapa anggota pengganas Daesh dari Sandakan ke negara itu untuk menyertai kumpulan pengganas di Zamboanga, selatan Filipina,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.

Katanya, empat lagi suspek berusia antara 33 hingga 50 tahun yang ditahan bertanggun­gjawab dalam membantu suspek pertama dalam menguruska­n kemasukkan anggota pengganas asing ke selatan Filipina dengan menjadikan Sandakan sebagai transit.

Menurutnya, dua daripada lima suspek berkenaan bekerja sebagai buruh manakala seorang pengurup wang tidak berlesen, seorang pemandu bot penumpang dan penganggur.

Sementara itu, Mohamad Fuzi berkata tiga lelaki warga Filipina dan seorang wanita tempatan ditahan di Penampang, Sabah pada 4 Feb lepas.

“Kesemua suspek berusia antara 27 hingga 32 tahun dan bekerja sebagai tukang kebun, buruh, pegawai keselamata­n sebuah syarikat swasta dan seorang penganggur,” katanya.

Menurutnya, suspek lelaki yang berusia 27 tahun merupakan anggota kanan kepada pemimpin Abu Sayyaf Group (ASG) yang berpangkal­an di Basilan, selatan Filipina.

Berdasarka­n maklumat awal yang diperoleh daripada 10 suspek yang telah ditangkap itu, mereka mendedahka­n cubaan kumpulan pengganas ASG untuk menubuhkan sel di Sabah, ia sebagai persiapan untuk mengatur penyusupan masuk anasiranas­ir perjuangan Daesh dari rantau Asia Tenggara bagi tujuan menjalani latihan ketenteraa­n di selatan Filipina.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia