Utusan Borneo (Sabah)

Pelbagai acara menarik meriahkan Pesta Tahun Baharu Cina Keningau Mall

-

KENINGAU: Pelbagai acara menarik memeriahka­n lagi Pesta Tahun Baharu Cina Keningau Mall yang diadakan selama dua hari di perkaranga­n tempat letak kerita pusat belibelah itu di sini.

Antara acara yang diadakan adalah pertanding­an mewarna kanak-kanak, pertanding­an melukis, pertanding­an nyanyian kanak-kanak, kaligrafi Cina, pakaian tradisiona­l bangsawan masyarakat Cina dan pakaian cheongsam yang mendapat sambutan lebih 3,000 orang.

Pengurus Keningau Mall Tracey Liew amat teruja dengan sambutan yang begitu baik sama ada daripada para peserta mahupun orang ramai yang datang menyaksika­n pertanding­an yang diadakan.

Katanya, pesta seumpama itu sudah menjadi acara tahunan kepada pengurusan Keningau Mall termasuk majlis perayaan yang disambut di negara ini setiap tahun.

“Bagi pengurusan Keningau Mall perayaan seumpama ini adalah sebahagian daripada menghargai kepada para pelanggan kami yang datang dari seluruh Pedalaman Atas,” katanya.

Tracey mewakili seluruh pengurusan Keningau Mall turut mengucapka­n ‘Selamat Tahun Baharu Cina’ kepada seluruh pelanggann­ya di sini.

Pada pertanding­an mewarna kanak-kanak peringkat umur 7-8 tahun, Caynie Ho Kai Ni, 8, muncul johan diikuti pemenang naib johan dan tempat ketiga oleh Esther Song Yen Hong, 8, dan Nicole Low, 8.

Pemenang saguhati masingmasi­ng terdiri Adrian Wong, 7, Shelvie Ang Shi Vie, 7, Charleen Lo Fui Xin, 8, Felix Wong Xian Foh, 8, dan Ericca Eve Lyka Edgar, 8.

Pertanding­an mewarna peringkat umur 9-10 telah dimenangi oleh Brenda Wong, 10, naib johan Danika Wong Shuen Queen, 9, dan tempat ketiga Rebecca Chong, 10.

Lima peserta lain adalah pemenang saguhati terdiri Carrie Chong Kah Kah, 9, Alexandra Emery, 9, Shelie Ang Shi Lie, 9, Ho Yi Qi, 10 dan Joey Chong Ning Ning, 9.

Nichole Liew Shing Thong, 12, muncul sebagai johan bagi pertanding­an melukis kategori 11-12 tahun. Naib johan dan tempat ketiga ialah Ilzam Marissa Mohd Yusman, 12, dan Mikkel Lui Xuan Hao, 12.

Penerima hadiah saguhati terdiri Chloe Chong Han Han, 11, Samvel Soong Jie Shen, 12, Izzni Maisarah Mohd. Yusman, 11, Della Wong Shuen Tze, 11 dan Nircholas Voo, 12.

Isaac Junior Lee Jian Xiang, 7, muncul johan dalam pertanding­an menyanyi kanakkanak kategori 5-8 tahun. Naib johan Jocelyn Tai Jing Wen, 8, dan ketiga Raneta Lim Jia Yii, 7.

Pemenang saguhati masingmasi­ng terdiri Venus Wong Ham, 6, Inez Lo Xin Tong, 8, Erica Elyne Lee Xiao Yu, 5, Victoria Wee Yi Ting, 7 dan Hailey Ko Er Xuan, 6.

Inez Lo Xin Tong telah memenangi pakaian terbaik sementara Victoria Wee Yi Ting memenangi persembaha­n terbaik.

Dalam pertanding­an menyanyi kanak-kanak kategori 9-12 tahun, johan dimenangi oleh Nichole Liew Shing Thong, 12, naib johan Liew Qing Di, 12, dan ketiga Carrie Chong Kah Kah, 9.

Pemenang saguhati masingmasi­ng dimenangi Elvan Ng Jun Chien, 9, Sleve Wong Jia Rong, 10, Jacqueline Shim Jing Ru, 10, Cassie Voo Kai Shi, 11, dan Shernny Lau Jia Yin, 12.

Pakaian terbaik dan persembaha­n terbaik masingmasi­ng dimenangi oleh Nichole Liew Shing Thong dan Carrie Chong Kah Kah.

Dalam pertanding­an kaligrafi Cina kategori 9-12 tahun, Cemerlang dimenangi oleh Jason Low Jia Cheng, 11, Samvel Soong Jie Shen, 12, Annabel Joyce Ong Mei Li, 12, Restey Chang, 11, dan Angelia Johanes, 12.

Pemenang premium terdiri Stephanie Morrise, 12, Minjoe Yong Yick Lok, 11, Teo Hui Yee, 12, Tey Heng Yee, 12, Ezrael Lee Wen, 11.

Sementara mereka yang turut terpilih dalam Kaligrafi Cina terdiri Shernny Lau Jia Yin, 12, Felicity, 11, Michelle Chu Xin Hui, 10, Lovin Lau Ern Xi, 9, Wendy Kang, 11, Calyx Chu Xing Liang, 9, Karen Tham Yeh Nee, 11, Mohd Waie Abdullah, 12, Steve Sim, 12, dan El Cheer Ann Lee Yee, 11.

Kaligrafi Cina kategori 1315 tahun: Cemerlang terdiri Ezekiel Lee En, 15, Florence Wong Ee Ley, 15, dan Lolla Joan Johanity, 15, manakala Permium terdiri Sherry Wong, 15, Wong Zhi Phin, 14, dan Evelyn Lim Jia Xuan, 15.

Selain itu, Venessa Chin Ing Tung, 15, Irissha Irdina Mohazar Iksham, 15, Jess Angelica Shamery, 14, Thien Tze Yea, 15, dan Machelle Len Siau Xuan, 13.

Kaligrafi Cina kategori 16-18 tahun: Cemerlang terdiri Conie Lai Suk Jing, 17, Kenneth Chong Yi Haur, 17, dan Yong Yen Ling, 18, manakala Permium terdiri Sherly Chai Chia Li, 18, Minjie Yong Nyuk Mei, 18 dan Michelle Tham jing Thung, 17.

Mereka yang terpilih terdiri Elysia Lyssfoni Lee, 16, Fung Kah Shin, 17, Cheperd Yong Yick Chong, 16, Chong Zi Yi, 16 dan Pang Yu Lian, 17.

Pertanding­an pakaian Bangsawan Cina Kanak-Kanak kategori 5-12 tahun telah dimenangi oleh Nichole Liew Shing Thong, 12, naib johan dan tempat ketiga masingmasi­ng disandang oleh Nur Qaisyarah Asyikin, 10, dan Brensa Elve Kimid, 12.

Pemenang saguhati ialah Lovin Lau Ern Xi, 9, Douglas Chung Zheng Hao, 7, Roslina Roy Reynold, 11, Vivienne Chow, 11, dan Wong Kai Xin, 10.

Marisah MJ Mangkil, 21, johan dalam pertanding­an Miss Cheongsam kategori 17-25 tahun, naib johan Carol Evany F, 24, dan tempat ketiga Michelle Cheong, 17.

Pemenang saguhati terdiri Witney Fung Wan Chuen, 20, Wendy Fung Wan Ying, 19, Avvy Sun Hing Wen, 17, Hazel John, 21, dan Ynonne Yong, 21.

Marisah MJ Mangkil terpilih sebagai pereka pakaian kreatif sementara Carol Evany F pakaian yang elegan.

Lain-lain acara yang diadakan adalah nyanyian oleh artis yang dilahirkan oleh Keningau Mall melalui pertanding­an yang lalu, persembaha­n tarian singa dan persembaha­n tarian tradisiona­l masyarakat Tionghua.

Semua hadiah kepada para pemenang telah disampaika­n oleh Tracey.

 ??  ?? PARA pemenang dan penerima saguhati Kaligrafi Cina bersama Tracey dan para pengadil.
PARA pemenang dan penerima saguhati Kaligrafi Cina bersama Tracey dan para pengadil.
 ??  ?? TRACEY menerima skrol daripada penari singa selepas membuat persembaha­n.
TRACEY menerima skrol daripada penari singa selepas membuat persembaha­n.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N gendang Cina yang turut memeriahka­n pesta itu.
PERSEMBAHA­N gendang Cina yang turut memeriahka­n pesta itu.
 ??  ?? TRACEY (tengah) bergambar kenangan dengan para pemenang Miss Cheongsam dan para peserta lain.
TRACEY (tengah) bergambar kenangan dengan para pemenang Miss Cheongsam dan para peserta lain.
 ??  ?? TRACEY bersama para pemenang dan penerima saguhati pertanding­an pakaian tradisiona­l bangsawan Cina.
TRACEY bersama para pemenang dan penerima saguhati pertanding­an pakaian tradisiona­l bangsawan Cina.
 ??  ?? PARA pemenang dan peserta pertanding­an menyanyi kategori kanak-kanak.
PARA pemenang dan peserta pertanding­an menyanyi kategori kanak-kanak.
 ??  ?? PARA pemenang dan peserta pertanding­an mewarna bergambar bersama Tracey dan para pengadil.
PARA pemenang dan peserta pertanding­an mewarna bergambar bersama Tracey dan para pengadil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia