Utusan Borneo (Sabah)

Menarik di PANAWAGAN

-

Judul: Surf This Love: Gelora Juara

Bahasa: Melayu

Sarikata: Tiada

Klasifikas­i: P13

Tarikh Tayangan: 22 Februari 2018

Genre: Komedi / Romantik

Durasi: 1 Jam 43 Minit

Pengedar: Empire Film Solution

Pelakon: Shukri Yahaya, Cristina Suzanne, Pekin Ibrahim, Josiah Hogan, Ardell Aryana

Pengarah: Waan Hafiz

Format: 2D

Sipnosis ~ Mahu mengikut jejak langkah abangnya menjadi juara luncur, seorang pemuda bernama Billy meminta bantuan seorang bekas juara luncur yang tidak lagi aktif selepas mengalami kecederaan kaki. Billy sering dicabar oleh juara bertahan tetapi dia akhirnya terpilih untuk bersaing dalam pentas akhir pertanding­an meluncur. Walaupun sangat obsess dengan sukan surfing sejak dia berusia 12 tahun, Billy tidak pernah betul-betul cekap dan handal bermain dengan surf board dan ombak.

Judul: Staycation

Bahasa: Kantonis

Sarikata: Inggeris / Melayu

Klasifikas­i: P13

Tarikh Tayangan: 22 Februari 2018

Genre: Komedi

Durasi: 1 Jam 40 Minit

Pengedar: Lotus Five Star

Pelakon: Johnson Lee, Louisa So, Ti Lung, Chin Siu Ho, Andrew Lam

Pengarah: Johnson Lee

Format: 2D

Sipnosis ~ Fai, seorang ketua keluarga yang tradisiona­l telah membawa isteri dan anak-anaknya ke sebuah kawasan perkelahan terpencil, tempat sama di mana dia melamar isterinya lima belas tahun lalu, untuk percutian tanpa sebarang gajet. Perkara tidak berlaku seperti yang dirancang walaupun dia mahu eratkan hubungan keluarga. Mereka diganggu oleh bapa Fai yang merasakan anak lelakinya tidak berguna, abang Fai yang bermasalah, sebuah keluarga kaya terperangk­ap dalam teknologi VR, seorang penjaga tempat perkelahan misteri dan cinta pertamanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia