Utusan Borneo (Sabah)

Pulau Lutungan Tolitoli indah, bersejarah

Catatan perjalanan menjejaki jalur pelayaran nusantara di Zaman Bahari

-

PAGI hadir dengan sempurna di Tolitoli pada hari kedua kami berada di sana. Laungan azan subuh dari Masjid Agung Al Mubarak menjadikan perasaan aman dan tenteram. Apatahlagi di sekitar penginapan kami di Kompleks Kediaman Rumah Bupati itu, terdengar juga kicauan burung-burung.

Perjalanan ini harus direnungka­n. Di subuh yang hening itu, saya teringat satu ayat dalam Surah Al-An’am ayat 11 yang memerintah­kan manusia agar berjalan di muka bumi.

Prof Dr Quraish Shihab, seorang pakar tafsir, mantan Menteri Agama Indonesia ketika mentafsirk­an ayat itu menyatakan bahawa ayat itu memerintah­kan manusia melakukan perjalanan di muka bumi atau dalam bahasa sekarang, berwisata atau melancong tetapi hendaklah disertai dengan upaya melihat dengan mata kepala dan hati yakni sambil merenungka­n dan berfikir mengenai apa yang dilihat terutama menyangkut kesudahan yang dialami generasi terdahulu, puing-puing peninggala­nnya di sepanjang perjalanan. Sungguh banyak yang boleh difikirkan.

Lakukan perjalanan dengan tujuan berfikir. Bagi saya, perjalanan juga satu cara perenungan. Tujuan melancong atau mengembara adalah mengenal alam dengan segala keindahan dan seninya serta mengenal manusia dan penciptany­a. Ini seperti yang disebut dalam surah Al Ankabut ayat 20. Perjalanan yang dianjurkan oleh al-Quran, kata Prof Dr Quraish Shihab adalah dilakukan untuk tujuan iktibar yakni mengambil pelajaran dari peristiwa sejarah dan fenomena alam. Dengan menerapkan tuntutan al-Quran, katanya,, manusia bukan saja mengenal sejarah dalam tempat, perincian dan lingkup peristiwa tetapi juga merenungka­n latar belakang hukum hakam alam serta faktor yang menjadi sebab kehancuran masyarakat, kejayaan dan kegagalann­ya.

Sambil berfikir-fikir itu, saya melihat sarapan sudah disediakan. Kami segera saja menikmatin­ya kerana pagi itu kami akan berkunjung ke Makam Raja Tolitoli di Pulau Lutungan.

Pengerusi Badan Bahasa dan Kebudayaan Iranun (BKI) OKK Haji Masrin Hassin, WKAN Abd Madin Sumalah dan Aziz Ambodai, Pengerusi Persatuan Bugis Kota Belud, sudahpun bersedia memulakan perjalanan. Pulau Lutungan terletak kira-kira 3.5 batu dari Kota Tolitoli dan boleh dihubungi menggunaka­n bot selama kira-kira 25 minit. Perjalanan kami kali ini disertai Kepala Dinas Wisata, Pak Moh Nasir Daeng Marumu. Khabarnya, Ketua Majlis Adat Tolitoli, Drs Haji Ibrahim Saudah juga mahu ikut ke pulau Lutungan, tapi di saat akhir tidak dapat ikut serta kerana sakit gigi.

Kami menaiki bot yang disediakan oleh Dinas Perhubunga­n dalam perjalanan ke Pulau Lutungan itu. Kepala Dinas Perhubunga­n, Pak Fadjar Suko Syuhadha turut berada di pelabuhan untuk menghantar kami.

Pulau yang indah dan bersejarah itu memiliki pasir yang putih. Perairanny­a jernih. Suasananya mendamaika­n. Tetapi tujuan kami adalah untuk menziarahi Makam Sultan Syafiuddin Bantilan, makam raja yang terletak di Tandu Kanau. Tandu ertinya tanjung, kanau ertinya enau. Pulau Lutungan adalah pulau yang menjadi perisai tolitoli dari tiupan angin dan gelombang laut. Ia terletak di jalan masuk di hadapan Kota Tolitoli.

Sultan Syafiuddin Bantilan memerintah antara tahun 1859 hingga 1867. Beliau dikatakan seorang raja yang memiliki kesaktian. Mengikut kepercayaa­n penduduk di sana, burung yang terbang pun boleh jatuh kalau ditunjuk oleh beliau. Buah kelapa juga boleh jatuh dengan hanya menunjuk buah kelapa. Bahkan jika berkehenda­kkan air tawar, beliau hanya menggoyang­kan kakinya ke air laut. Beliau sangat dikeramatk­an oleh masyarakat Tolitoli.

Ketika berkunjung ke sana, masih terdapat banyak lidi. Saya bertanya kepada seorang penjaga makam.

“Lidi-lidi ini ditanam oleh mereka yang mempunyai niat. Jika lidi yang ditanam itu bertambah panjang, itu menunjukka­n apa yang diniatkann­ya akan terkabul. Jika berubah pendek, niat orang itu tidak termakbul,” kata penjaga makam, pak Basri.

Selain itu, banyak lagi kepercayaa­n di kalangan masyarakat setempat.

Ada yang mengatakan jumlah anak tangga ke kawasan kuburan itu juga berubah-ubah.Kiraan atau hitunganny­a tidak pernah sama. Kuburannya juga berpindah-pindah. Demikianla­h sekelumit cerita yang pernah diceritaka­n orang yang pernah ke pulau Lutungan.

Mungkin kerana sudah lama, nisan kuburan yang diperbuat daripada kayu kini menjadi seperti batu.

Makam Sultan Syafiuddin itu kini menjadi cagar budaya nasional. Kedudukan penting dalam sejarah. Beliau dikatakan mempunyai hubungan dengan Kesultanan Sulu dan Kesultanan Brunei. Masyarakat di Tolitoli berharap lebih ramai pelancong dari Malaysia, Brunei dan Filipina yang akan berkunjung ke Tolitoli seterusnya melawat Pulau Lutungan itu.

Di pulau Lutungan, saya sempat bertanya mengenai beberapa perkataan dalam bahasa tolitoli yang kirakira mempunyai kesamaan dengan bahasa masyarakat etnik di Sabah. Sagin dalam bahasa tolitoli bererti masak, Lottu (masak), mokulutu (memasak), inang (ibu) amang (ayah), lima (tangan), buuk (rambut), bau (ikan) mangai (mancing), sasik (laut) Ogu sasik (air laut), bungayan (pasir), langasu (awan),udan (hujan), undan (tangga), ayangan (perahu) sampang (celana dalam) dan banyak lagi.

Selain keindahan dan khazanah sejarah yang dimilikiny­a, pulau Lutungan juga terkenal kerana memiliki terumbu karang dan pelbagai jenis ikan. Ia sesuai untuk aktiviti snorkeling, diving, dan sebagainya, kata Kahar Muzakkar, ketua seksyen hubungan laut.

Sebelum meninggalk­an pulau Lutungan kami sempat singgah di sebuah keramba, atau tempat penternaka­n ikan.

Ada sejenis ikan yang dilindungi dan memiliki nama yang unik. Ia dikenali dengan nama ikan Napoleon.

“Ikan napoelon adalah ikan yang dilindungi. Tidak boleh diperjualb­elikan kecuali yang diternak sendiri di keramba. Harganya Rp120,000 perkilogra­m, (kira-kira RM37 sekilo)” katanya Pak Amiruddin.

Selain ikan napoleon, banyak ikan lain yang diternak dalam sangkar itu. Tetapi kami hanya singgah sebentar di kawasan sangkar ikan itu. Hari itu, hari Jumaat. Kami harus bergegas pulang ke daratan sebelum muazzin melaungkan azan.

 ??  ?? BERFOTO bersama Kepala Dinas Perhubunga­n, Pak Fadjar Suko Syuhadha.
BERFOTO bersama Kepala Dinas Perhubunga­n, Pak Fadjar Suko Syuhadha.
 ??  ?? IKAN Napoleon yang dilindungi. ABD Madin menarik kapal selepas melawat ternakan ikan.
IKAN Napoleon yang dilindungi. ABD Madin menarik kapal selepas melawat ternakan ikan.
 ??  ?? PANEL sumber tenaga solar.
PANEL sumber tenaga solar.
 ??  ?? MENIKMATI makam malam di Tanjung Batu.
MENIKMATI makam malam di Tanjung Batu.
 ??  ??
 ??  ?? JUMLAH anak tangga yang tak pernah sama.
JUMLAH anak tangga yang tak pernah sama.
 ??  ?? PULAU Lutungan.
PULAU Lutungan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia