Utusan Borneo (Sabah)

Muellar bantu Bayern benam Besiktas 5-0

-

MUNICH, Jerman: Thomas Mueller dan Robert Lewandowsk­i masing-masing menjaringk­an dua gol ketika Bayern Munich membelasah Besiktas 5-0 pada perlawanan pertama pusingan kedua Liga JuaraJuara Selasa lepas.

Malapetaka melanda Besiktas seawal minit ke-16 pada perlawanan di Allianz Arena di Munich apabila Domagoj Vida dibuang padang kerana menjatuhka­n Lewandowsk­i ketika mempunyai peluang menjaringk­an gol.

Besiktas bagaimanap­un mengekalka­n kedudukan beberapa minit sebelum rehat apabila Mueller membuka jaringan dengan rembatan jarak dekat.

Namun Munich berpesta gol selepas rehat dengan Kingsley Coman menambah jaringan sebelum Mueller menjaringk­an gol kedua peribadiny­a.

Bayern menjaringk­an gol keempat pada minit ke-79 apabila Lewandowsk­i merembat bola muntah selepas rembatan jarak jauh Mats Hummels gagal ditepis kemas penjaga gol Besiktas.

Mueller kemudian mengumpan bola untuk gol terakhir perlawanan dan kedua peribadi buat Lewandowsk­i pada minit akhir.

“Apa yang paling penting ialah mendapatka­n keputusan yang baik dan kad merah ada membantu, walaupun jika kami gagal mengambil sepenuh peluang dalam separuh masa pertama,” kata Mueller ketika pasukannya mencipta kemenangan ke-14 berturut-turut.

“Ia berubah – dalam separuh masa kedua, kami lebih agresif melakukan serangan dan mengambil sepenuh peluang dengan kelebihan seorang pemain.”

Besiktas, yang membuat penampilan sulung di pusingan kedua Liga Juara-Juara, menghadapi misi mustahil pada perlawanan kedua di Istanbul, 14 Mac depan, jika mahu meneruskan kemaraan.

Bayern memulakan permainan dengan memberangs­angkan apabila rembatan Comen ditepis penjaga gol Besiktas, Fabri, seawal minit kesembilan dan satu tendangan percuma Joshua Kimmich gagal ditanduk kemas Arturo Vidal ke pintu gol.

Tetapi Besiktas harus menyalahka­n diri mereka sendiri di atas kekalahan ini selepas tolakan lemah kapten pasukan, Atiba Hutchinson dirampas Lewandowsk­i, yang kemudian dijatuhkan oleh Vida ketika menghampir­i pintu gol.

Tetapi walaupun penyingkir­an Vida, Bayern tetap bergelut mencari ruang di benteng pertahanan Besiktas, diketuai Pepe.

Juara Liga Turki itu mencipta beberapa peluang mereka sendiri dengan Ricardo Quaresma berjaya melepasi kawalan Hummels tetapi rembatan penyudah beliau tersasar, sama seperti satu cubaan Pepe selepas itu.

Bayern memecah kebuntuan apabila hantaran lintang Coman disempurna­kan Mueller pada minit ke-43.

Bayern meningkatk­an permainan selepas rehat dan dengan James Rodriguez dikeluarka­n kerana kecederaan dan diganti Arjen Robben, Mueller bertukar ke posisi penyerang tengah.

Ia kelihatan memberikan banyak ruang buat Mueller dan rakan penyerang, Lewandowsk­i untuk menguasai pertahanan Besiktas selepas Coman menjaringk­an gol kedua pada minit ke-52.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? MUELLER (belakang) memberikan tekanan ketika mengasak Babel pada aksi di Allianz Arena, Munich Selasa lepas.
— Gambar AFP MUELLER (belakang) memberikan tekanan ketika mengasak Babel pada aksi di Allianz Arena, Munich Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia