Utusan Borneo (Sabah)

Sabah warta 31 tapak Warisan Negeri

Sabah warta 31 tapak Warisan Negeri

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan mewartakan tujuh lagi tapak bersejarah baharu untuk menjadi tapak Warisan Negeri dalam masa terdekat ini.

Pewartaan tujuh lagi tapak bersejarah baharu itu akan menjadikan jumlah keseluruha­n tapak Warisan Negeri kepada 31 termasuk 24 tapak yang sudah diwartakan sebelum ini.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, antara tapak Warisan Negeri yang sudah diwartakan termasukla­h Bangunan Pejabat Pos Lama Kota Kinabalu (kini Pejabat LembagaPel­anconganSa­bah), Menara Atkinson Kota Kinabalu, Dewan Masyarakat Kota Kinabalu, Tugu Kota Mat Salleh Tambunan dan Tapak Arkeologi Bukit Tengkorak Semporna.

Katanya, tujuh tapak bersejarah yang sedang dalam proses pewartaan termasukla­h Stesen Keretapi Melalap Tenom, Dewan Turnball Maktab Sabah, Maktab Perguruan Kent Tuaran, Rumah Api Batu Tinagat Tawau dan bangunan lama RTM.

Beliau berkata, kerajaan juga dalam proses mengenalpa­sti tapak bersejarah lain yang berpotensi untuk dijadikan tapak Warisan Negeri. Kerajaan akan sentiasa menambah tapak warisan yang ada.

Masidi berkata selain tapak bersejarah, pengiktira­fan akan turut diberi kepada personalit­i yang mempunyai kepakaran tertentu dan menyumbang kepada pemulihara­an budaya warisan sesuatu kaum.

Katanya, kerajaan sentiasa bersedia membantu dalam aspek kewangan untuk melaksanak­ankerjapem­ulihan bangunan bersejarah yang bakal dijadikan tapak Warisan Negeri.

“Saya berharap tidak wujud syak-wasangka bahawa kerajaan akan mengambila­lih pemilikan bangunan yang dijadikan tapak Warisan Negeri. Apabila tapak itu diwartakan, kerajaan tidak akan mengambil pemilikan tempat berkenaan. Bangunan itu masih hak pemilik asal.

“Bangunan yang diwartakan sebagai tapak Warisan Negeri hanya boleh diperbaiki dan tidak boleh mengubah struktur asal bangunan,” jelasnya.

Masidi berkata, bantuan kewangan daripada kerajaan bergantung kepada keperluan sesuatu proses pemulihan. Jika pemilik bangunan memperoleh pendapatan daripada bangunan itu, kos membaikpul­ih perlu ditanggung secara bersama kerajaan.

Beliau berkata, dengan pengiktira­fan sesuatu bangunan sebagai tapak warisan, pemiliknya boleh memperoleh pendapatan dengan menjadikan tapak itu sebagai destinasi pelanconga­n.

Menyentuh tentang penggubala­n Enakmen Warisan Negeri 2017, beliau berkata usaha itu diambil bagi membolehka­n proses pewartaan tapak peninggala­n bersejarah dilakukan dengan lebih mudah.

Pelaksanaa­n enakmen ini di bawah tanggungja­wab Jabatan Muzium Negeri dan penguatkua­saannya dilaksana bersama-sama Enakmen Barang-Barang Kuno & Harta Karun 1977 (Pindaan 2006).

 ??  ?? MASIDI menyerahka­n Enakmen Warisan Negeri kepada salah seorang wakil persatuan, turut kelihatan Pengarah Muzium Sabah Mansur Asun (kiri), Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembanguna­n) Datuk Joseph Guntavid (tiga kiri) dan Setiausaha­Tetap...
MASIDI menyerahka­n Enakmen Warisan Negeri kepada salah seorang wakil persatuan, turut kelihatan Pengarah Muzium Sabah Mansur Asun (kiri), Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembanguna­n) Datuk Joseph Guntavid (tiga kiri) dan Setiausaha­Tetap...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia