Utusan Borneo (Sabah)

Dua Lipa & Stormzy menang besar di anugerah BRIT 2018

-

PENYANYI Dua Lipa dan Stormzy merupakan pemenang terbesar di anugerah BRIT tahun ini, acara anugerah muzik pop yang paling menonjol di Britain, masing-masing pulang dengan dua trofi dalam satu acara yang menyaksika­n persembaha­n oleh artis-artis terbesar dalam industri muzik dunia.

Lipa telah dinamakan artis solo wanita terbaik dan artis baharu terbaik di anugerah British Record Industry Trust (BRIT), yang diadakan di London pada Rabu, manakala penyanyi rap Stormzy memenangi hadiah artis solo lelaki British dan album terbaik British untuk ‘Gang Signs & Prayer’.

Ed Sheeran membawa pulang anugerah kejayaan global tetapi kalah dalam tiga kategori lain di mana dia telah dicadangka­n, manakala bintang One Direction Harry Styles memenangi video terbaik oleh seorang artis British.

Foo Fighters menang hadiah untuk kumpulan antarabang­sa sementara penyanyi rap AS Kendrick Lamar telah dinamakan artis lelaki antarabang­sa terbaik, manakalape­nyanyi New Zealand Lorde mengambil kepujian artis solo wanita.

Acara itu menampilka­n persembaha­n daripada Sheeran, Lipa dan Lamar, yang menyanyi di atas satu kiub kaca di mana di dalamnya terdapat sebuah kereta mewah yang dipecahkan oleh seorang lelaki menggunaka­n kayu pemukul.

Persembaha­n Lamar kelihatann­ya seperti mengalami masalah teknikal sehingga membuatkan peminat melahirkan kekesalan mereka di media sosial.

Artis lain juga cuba memberikan yang terbaik.

Justin Timberlake membuka pertunjuka­n dengan satu persembaha­n ‘Say Something’ diiringi oleh satu skor koir kuat yang bertaburan di kalangan penonton, manakala Dua Lipa diiringi oleh banyak penari, juga berselerak di seluruh arena.

Kebanyakan bintang yang hadir memakai ros putih di permaidani merah dan sepanjang pertunjuka­n itu sebagai satu isyarat sokongan untuk pergerakan-pergerakan Time’s Up dan #Metoo terhadap gangguan seksual dan menyokong hak-hak wanita.

“Ia memang membawa perubahan,” kata Lipa memberitah­u Reuters di permaidani merah mengenai bantahan itu.

“Kami membantah dalam cara kami sendiri dan ini bagaimana kami akan membawa perubahan.”

Pertunjuka­n itu juga melihat penyanyi utama Oasis Liam Gallagher menyanyika­n ‘Live Forever’ dalam satu penghormat­an kepada mangsa serangan pengeboman berani mati semasa konsert oleh bintang pop AS Ariana Grande di Manchester pada bulan Mei 2017, yang membunuh 22 orang.

Media Britain melaporkan bahawa persembaha­n oleh Gallagher itu telah ditambah pada saatsaat terakhir untuk menggantik­an Grande, yang menarik diri disebabkan keadaan kesihatann­ya yang tidak baik.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? SIRI BAHARU DI NETFLIX:
Aktor Hollywood Adam Devine (kiri) dan aktres Alexandra Daddario menghadiri tayangan khas siri Netflix
‘When We First Met’ di Los Angeles, pada 20 Februari
2018 yang lepas. DUA LIPA
— Gambar AFP SIRI BAHARU DI NETFLIX: Aktor Hollywood Adam Devine (kiri) dan aktres Alexandra Daddario menghadiri tayangan khas siri Netflix ‘When We First Met’ di Los Angeles, pada 20 Februari 2018 yang lepas. DUA LIPA
 ?? — Gambar AFP ?? DUA Lipa (kiri) memperkena­lkan adik-adiknya kepada audiens selepas menerima anugerah artis baharu terbaik BRIT di London pada Rabu lepas.
— Gambar AFP DUA Lipa (kiri) memperkena­lkan adik-adiknya kepada audiens selepas menerima anugerah artis baharu terbaik BRIT di London pada Rabu lepas.
 ?? — Gambar AFP ?? ED SHEERAN: Artis Global Terbaik Anugerah BRIT.
— Gambar AFP ED SHEERAN: Artis Global Terbaik Anugerah BRIT.
 ??  ?? STORMZY
STORMZY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia