Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan Tahun Baharu Cina Ranau meriah

Sambutan Tahun Baharu Cina Ranau meriah

- Oleh JAINUDIN NASIR

SAMBUTAN Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan Hakka yang dianjurkan dengan kerjasama Dewan Perniagaan Tionghua Ranau di perkaranga­n Hakka Food Court Ranau dimeriahka­n dengan persembaha­n tarian tradisi sekumpulan artis dari Wilayah Yunnan, China.

Sambutan yang dirasmikan Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun itu turut dihadiri Presiden Persatuan Hakka Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan yang juga Pengerusi Persatuan Hakka Ranau merangkap Presiden Dewan Perniagaan Tionghua Ranau Datuk Jimmy Tham Yuk Leong, Penasihat Undang-Undang Dewan Perniagaan Tionghua dan Persatuan Hakka Ranau Datuk Abidin Madingkir dan Ketua Polis Daerah Ranau DSP Mohd Farhan Lee Abdullah.

Turut hadir, Pengurus Maybank Ranau Patrick Angkui, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Paginatan Georgina George, Pegawai Daerah Ranau Haji Faimin Kamin, Ketua Wanita Umno Ranau Datuk Amisah Yassin, mantan Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr Othman Minudin dan Kapitan Cina Kundasang Datuk Koh Boo Eng.

Acara bermula seawal jam 6.30 petang itu dihiasi pelbagai persembaha­n tarian oleh kanak-kanak Tadika Yuk Yu Ranau, Tadika Wawasan Ranau dan murid SJKC Pai Wen Ranau, persembaha­n tarian tradisi Sumazau oleh para beliawanis Kg Marakau Ranau, persembaha­n tarian singa oleh Kumpulan Tarian Singa, Chun Chu Kong Pekan Ranau seterusnya persembaha­n nyanyian serta tarian kebudayaan oleh kumpulan artis dari Wilayah Yunnan, disaksikan lebih 2,000 penduduk pelbagai lapisan masyarakat.

Masidi yang juga Adun Karanaan dalam ucapannya memuji jawatankua­sa penganjur yang dipelopori Persatuan Hakka bermuafaka­t dengan Dewan Perniagaan Tionghua Ranau kerana berjaya melaksanak­an sambutan itu setiap tahun dengan lancar dan meriah.

Menurut beliau suatu ketika dahulu, sambutan perayaan Tahun Baharu Cina hanya dirayakan oleh suku kaum Tionghua sahaja, tetapi sekarang ia lebih meluas dan dirayakan bersama suku kaum lain di Malaysia, tanpa mengira budaya, agama dan ideologi politik, yang bertepatan dengan konsep 1Malaysia.

“Kita berterima kasih kepada ketua kumpulan artis dari Wilayah Yunnan, China, Kuok We Ping bersama Wei Luo Luo kerana membawa kumpulanny­a untuk membuat persembaha­n bagi menyerikan majlis kita pada malam ini.

“Persembaha­n mereka sangat menghiburk­an sekaligus mampu memperkuku­hkan hubungan antara rakyat Wilayah Yunnan dan masyarakat Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi mengumumka­n kelulusan peruntukan berjumlah RM40,000 iaitu masingmasi­ng RM20,000 untuk Persatuan Hakka dan Dewan Perniagaan Tionghua Ranau.

Jimmy dalam ucapannya merakamkan penghargaa­n dan terima kasih atas kehadiran Masidi bersama para jemputan yang lain serta orang ramai di majlis itu, yang merupakan acara tradisi tahunan masyarakat Cina setiap tahun.

“Saya mewakili Persatuan Hakka dan Dewan Perniagaan Tionghua Ranau berterima kasih atas kehadiran semua terutama Datuk Seri Masidi kerana sudi hadir memeriahka­n suasana perayaan Tahun Baharu Cina setiap tahun.

“Ia membuktika­n komitmen cemerlang Datuk Seri Masidi untuk memberi perhatian kepada semua kaum di daerah ini tanpa mengira agama, semuanya dibantu tanpa pilih kasih,” katanya.

Beliau juga berterima kasih atas kehadiran rombongan artis dari Wilayah Yunnan yang buat julung kalinya datang ke Ranau untuk membuat persembaha­n bagi memeriahka­n lagi sambutan Tahun Baharu Cina peringkat daerah itu.

Sementara itu, Abidin menyifatka­n sambutan Tahun Baharu Cina adalah sama peranannya dengan perayaan yang lain sebagai titian penghubung perpaduan serta keharmonia­n semua kaum di Malaysia termasuk di Daerah Ranau.

“Persembaha­n kebudayaan oleh para artis dari Wilayah Yunnan juga boleh disifatkan sebagai jambatan penghubung persaudara­an antara kedua-dua negara.

“Kita berharap lebih ramai lagi artis dari China datang berkunjung ke Ranau sambil melawat lokasi-lokasi pelanconga­n menarik yang ada di sini,” katanya.

Kuok dalam ucapannya pula berterima kasih kepada Persatuan Hakka dan Dewan Perniagaan Tionghua Ranau kerana menjemput kumpulanny­a untuk menyerikan sambutan Tahun Baharu Cina Daerah Ranau.

 ??  ??
 ??  ?? (Gambar kanan) MASIDI (tengah) turut menerima cenderahat­i disampaika­n Jimmy.
(Gambar kanan) MASIDI (tengah) turut menerima cenderahat­i disampaika­n Jimmy.
 ??  ??
 ??  ?? SALAH seorang artis dari Wilayah Yunnan bermain biola tradisiona­l Cina. (Gambaratas)PERSEMBAHA­NtarianSum­azau oleh beliawanis Kg Marakau.
(Gambar bawah) SALAH satu persembaha­n tarian dari Tadika Wawasan Pekan Ranau.
SALAH seorang artis dari Wilayah Yunnan bermain biola tradisiona­l Cina. (Gambaratas)PERSEMBAHA­NtarianSum­azau oleh beliawanis Kg Marakau. (Gambar bawah) SALAH satu persembaha­n tarian dari Tadika Wawasan Pekan Ranau.
 ??  ?? (Gambar atas) KUOK (kiri) menerima cenderamat­a disampaika­n Jimmy.
(Gambar atas) KUOK (kiri) menerima cenderamat­a disampaika­n Jimmy.
 ??  ?? (Gambar atas) PARA artis Wilayah Yunnan sempat merakam gambar kenangan bersama Masidi dan kenamaan lain. (Gambar kiri) TARIAN daripada para artis Wilayah Yunnan, China.
(Gambar atas) PARA artis Wilayah Yunnan sempat merakam gambar kenangan bersama Masidi dan kenamaan lain. (Gambar kiri) TARIAN daripada para artis Wilayah Yunnan, China.
 ??  ?? ABIDIN (dua kiri) turut menerima cenderahat­i disampaika­n Jimmy pada majlis itu.
ABIDIN (dua kiri) turut menerima cenderahat­i disampaika­n Jimmy pada majlis itu.
 ??  ?? PENYANYI Wilayah Yunnan, Teng Lai Sha, 25, mendendang­kan lagu Mandarin.
PENYANYI Wilayah Yunnan, Teng Lai Sha, 25, mendendang­kan lagu Mandarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia