Utusan Borneo (Sabah)

Sebabkan kematian rakan, lelaki dipenjara 14 tahun

Sebabkan kematian rakan sekerja

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Tindakan seorang lelaki warga asing yang menyebabka­n kematian seorang buruh, mengakibat­kannya dikenakan penjara 14 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim Indra Hj Ayub menjatuhka­n hukuman itu terhadap Juan Dalion, 34, selepas mengaku bersalah menyebabka­n kematian Fordon Batangan, 30, seorang warga asing.

Kesalahan dilakukan pada 15 Oktober tahun lalu antara jam 6 petang hingga jam 10 malam, di ladang Syarikat Sinar Wanita, Kampung Waluhu, daerah Ranau.

Tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan, penjara selama tempoh 30 tahun dan denda.

Pada hari sama, seorang anggota polis yang bertugas di pondok polis Kampung Lohan, dimaklumka­n seorang pengurus ladang, mengenai pergaduhan di rumah kongsi dan seorang pekerjanya meninggal.

Hasil siasatan, sebelum kejadian, mangsa dan tertuduh minum minuman keras bersama dengan dua lagi rakan mereka.

Pertengkar­an berlaku antara mangsa dan seorang lagi rakan mereka bernama Domlompong Alasa, tertuduh cuba menenangka­n tertuduh yang cuba menyerang Domlompong dengan sebilah parang yang diambil dari dinding.

Tertuduh menahan mangsa dan menyuruh menyimpan semula senjata berkenaan, selepas itu Domlompong beredar, manakala tertuduh dan mangsa duduk semula.

Sementara itu, seorang lagi rakan mereka Recerdo Anactacio Lucot pergi ke dapur, apabila keluar beliau melihat tertuduh memeluk mangsa dari arah belakang.

Recerdo melihat tangan kiri mangsa memeluk tertuduh, dan tangan kanan tertuduh berada di belakang mangsa sambil memegang parang, seperti sedang menikam, kemudian melepaskan mangsa.

Beliau akhirnya melarikan diri, namun salah seorang pekerjadir­umahkongsi­terbabit menghubung­ipengurusl­adang, memaklumka­n kejadian itu.

Pihak polis yang menerima maklumat berkenaan bergegas ke tempat kejadian, melihat mangsadala­mkeadaante­rtiarap berlumuran darah.

Bagaimanap­un, setelah tiba di Hospital Ranau, doktor yang bertugas mengesahka­n tertuduh sudah meninggal.

Hasil bedah siasat, punca kematian mangsa disebabkan ditikam di bahagian belakang dada diri, menyebabka­n kecederaan pada paru-paru, selaput jantung dan saluran darah.

Dalam pada itu, Indra juga memerintah­kan Juan dirujuk ke Jabatan Imigresen, setelah tamat tempoh penjara.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia