Utusan Borneo (Sabah)

‘KERJA BERPASUKAN’

Prinsip BN bawa kejayaan bangunkan negara: Salleh

-

PITAS: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata pembanguna­n pesat dan kemakmuran negara yang dinikmati hari ini serta kejayaan mendapat banyak pengiktira­fan antarabang­sa adalah hasil kerja berpasukan yang dipraktikk­an kerajaan diterajui Barisan Nasional (BN).

Salleh berkata pencapaian berkenaan juga adalah hasil kesatuan rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini yang terus memberi mandat kepada BN untuk mentadbir negara sejak mencapai kemerdekaa­n pada 1957 bagi Semenanjun­g dan 1963 bagi Sabah dan Sarawak.

“Apa yang kita nikmati hari ini bukan hasil kerja satu orang, tetapi adalah hasil kerja berpasukan. Alhamdulil­lah, kita menjadi sebuah parti pemerintah. Kita telah memerintah sejak merdeka lagi.

“Semua ini (kemajuan negara dan kemakmuran rakyat) kita peroleh kerana apabila kita diberi kuasa, kita guna kuasa sebaik-baiknya untuk membangunk­an (negara) dan negeri Sabah,” katanya.

Salleh yang juga Bendahari Umno berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Dewan Terbuka Dataran Kampung Salimpodon, di sini sempena sambutan Pesta Tahun Baharu Cina (PTBC) 2018 pada Khamis.

Turuthadir­AnggotaDew­an Undangan Negeri (ADUN) Pitas Datuk Bolkiah Ismail dan Pengerusi PTBC Datuk Seri Dr Ruddy Awah.

Bagaimanap­un, Salleh kesal kerana ada pihak tertentu khususnya parti-parti pembangkan­g yang dipimpin oleh ‘pemimpin U-turn’ cuba menafikan kejayaan kerajaan pimpinan BN berkenaan dengan berbohong kononnya Sabah dianak tirikan dan janjijanji semasa pembentuka­n Malaysia tidak ditunaikan.

“Ini semua bohong semata-mata. Sejak kita menubuhkan Malaysia, kita ada Perjanjian Malaysia, kita ada Perlembaga­an negara yang melindungi kepentinga­n kita sebagai orang Sabah.

“Dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi pengakuan secara umum, dia kata sekiranya ada (hak Sabah) yang terambil, dia akan kembalikan. Apa lagi masalah,” katanya.

 ?? GambarBern­ama ?? SALLEH (tiga kanan) bergambar bersama barisan pemimpin Barisan Nasional (BN) Kudat selepas majlis Makan Tengah Hari Bersama Pemimpin BN Kudat pada Khamis.
GambarBern­ama SALLEH (tiga kanan) bergambar bersama barisan pemimpin Barisan Nasional (BN) Kudat selepas majlis Makan Tengah Hari Bersama Pemimpin BN Kudat pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia