Utusan Borneo (Sabah)

Pengampuna­n 2.0 DBKK di Inanam 24-25 Feb

-

KOTA KINABALU: Bersempena Program Ramai-Ramai di Inanam, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan mengadakan Hari Pengampuna­n 2.0 bagi kompaun di bawah Undang-Undang Kecil (Peruntukan Tempat-Tempat Letak Kereta Awam) (Letak Kereta Berkupon) Bandaraya Kota Kinabalu pada 24-25 Februari, di tapak Pasar Malam Pekan Inanam.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai berkata kompaun yang dikeluarka­n di bawah undang-undang kecil itu, yang melibatkan kesalahan letak kereta serta kesalahan berkaitan kupon letak kereta, hanya akan dikenakan bayaran RM10 bagi setiap kompaun.

Selain itu katanya, mereka yang masih mempunyai tunggakan caj tiket letak kereta (sistem tiket sebelum sistem kupon dilaksanak­an) juga akan diberikan penguranga­n, yang mana pemilik kenderaan hanya perlu membayar RM10 untuk setiap kenderaan yang mempunyai tunggakan.

“Hari Pengampuna­n yang pertama telah dilaksanak­an pada 2 Februari lalu dan atas permintaan ramai, program ini telah dilanjutka­n sehingga 9 Februari.

“Pengampuna­n 2.0 pada 24-25 Februari ini akan memberikan tumpuan kepada kawasan sub urban bagi memudahkan penduduk setempat menjelaska­n kompaun letak kereta dan tunggakan caj tiket letak kereta mereka,” katanya.

Beliau menasihatk­an orang ramai supaya mengambil peluang itu bagi menjelaska­n kompaun dan tunggakan caj tiket letak kereta mereka.

Selepas ini jelasnya, tindakan mahkamah akan diambil oleh DBKK terhadap mereka yang belum menjelaska­n kompaun dan caj letak kereta yang tertunggak.

Kaunter semakan dan pembayaran akan dibuka di tapak Pasar Malam Pekan Inanam pada 24 dan 25 Februari 2018 bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang. Selain itu, semakan dan pembayaran secara atas talian (online) juga akan dibuka melalui laman web https://eservices. dbkk.sabah.gov.my/compounds pada dua hari berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia