Utusan Borneo (Sabah)

Kedudukan kewangan negara masih stabil

-

SEMPORNA: Ahli Lembaga PengarahLe­mbagaKemaj­uan Ikan Malaysia (LKIM) Datuk Abdul Razak Tun Sakaran berkata, adalah mustahil kerajaan boleh menyedia pelbagai kemudahan dan bantuan kepada rakyat jika kedudukan kewangan dan politik tidak stabil.

Katanya, jika keadaan itu berlaku, bagaimana kerajaan mahu merancang serta melaksana pelbagai program pembanguna­n termasuk bantuan kepada rakyat yang masih memerlukan.

“Kita faham kedudukan ekonomi sekarang bukan sahaja melanda negara kita, malahan dunia ketika ini tidak menentu. Bagaimanap­un, ini bukan halangan bagi kerajaan melaksana tanggungja­wab kepada rakyat, terutama dalam memberi bantuan kepada yang memerlukan,” katanya.

Beliau ditemui selepas menyampaik­an bantuan elaun sara hidup nelayan kepada 1,138 nelayan dan penyampaia­n peruntukan untuk membaiki lorong pejalan kaki di beberapa kampung nelayan di sini.

Abdul Razak berkata,dakwaan setengah pihak bahawa negara akan bankrap dan wujud ketidaksta­bilan politik hanya propaganda yang dimainkan pihak tertentu demi kepentinga­n politik.

“Kita lihat hari ini (LKIM) sebagai salah satu agensi kerajaan turun padang meneruskan misi bantuan kepada rakyat khususnya golongan nelayan melalui bantuan elaun sara hidup nelayan yang telah dilaksanak­an sejak bertahun lamanya,” katanya.

Justeru katanya, jika kerajaan bankrap, dari manakah peruntukan itu diperolehi untuk disalurkan kepada rakyat? Sehubungan itu, Abdul Razak yang juga Bendahari Umno Bahagian Semporna meminta rakyat agar tidak mudah dikeliruka­n dengan dakyah dan fitnah yang dibuat oleh parti pembangkan­g, yang hanya beragendak­an politik.

 ??  ?? ABDUL Razak (kiri) menyerahka­n bantuan tunai elaun sara hidup nelayan kepada salah seorang penerima pada majlis itu.
ABDUL Razak (kiri) menyerahka­n bantuan tunai elaun sara hidup nelayan kepada salah seorang penerima pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia