Utusan Borneo (Sabah)

Iktiraf warga emas sebagai pakar rujuk

-

RANAU: Masyarakat khususnya generasi muda digesa supaya mengiktira­f golongan warga emas dan pesara kerajaan sebagai pakar rujuk dalam memberikan penjelasan tentang peristiwa yang sudah berlalu.

Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin berkata, warga emas dan pesara adalah orang yang mempunyai pengalaman dalam pelbagai bidang, yang boleh dikongsika­n bersama bagi memperbaik­i kelemahan dalam meningkatk­an kemajuan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

“Pengalaman pahit manis, suka duka yang mereka lalui dalam kehidupan amat berguna untuk dijadikan panduan oleh semua orang dalam menjalani kehidupan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Santai Bersama Warga Emas dan Ahli Parlimen Ranau di dewan mini Kampung Kilimu, anjuran bersama JKKK, Rukun Tetangga (KRT) dan Koperasi Kilimu Jaya.

Pada majlis itu, Ewon turut menyampaik­an sumbangan berupa wang tunai kepada seramai 61 warga emas Kampung Kilimu sebagai pemberian ikhlas daripada kerajaan bagi menghargai sumbangan mereka yang lalu kepada masyarakat.

Beliau turut memuji warga Kampung Kilimu, khususnya KRTdanKope­rasiKilimu­Jaya yang berjaya melaksanak­an pelbagai program dalam membangunk­an kampung dan pendudukny­a sehingga menjadi kampung contoh yang cemerlang.

Terdahulu, Pegawai PerpaduanD­aerahRanau­Fadil Sulaiman dalam ucapannya memaklumka­n bahawa KRT Kilimu adalah KRT yang sangat aktif melaksanak­an program di daerah ini.

“Atas kecemerlan­gan mereka yang dianggap 100 peratus cergas menjalanka­n program setiap tahun maka, pihak kerajaan melalui Jabatan Perpaduan telah memberikan geran tahunan sebanyak RM10 ribu,” katanya.

Pada majlis itu, Ewon turut menyampaik­an anugerah Jasamu Dikenang kepada seorang warga kampung itu, Saimon Gindalu, yang banyak memberikan sumbangan dalam merancang pembanguna­n, di samping peruntukan RM1,000 kepada pemuda untuk membeli jersi.

Dalam program santai di Kg Kinaratuan sebelum itu, Ewon turut menyampaik­an peruntukan sebanyak RM3,000 bagi melicinkan pergerakan program wanita kampung itu.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ahli Majlis Tertinggi Upko Pusat Sualim Gopog, Setiausaha Parlimen Dallius Ubin, Ketua Pemuda Upko Nasional Arthur Sen dan Timbalan Ketua Pemuda Upko Ranau Alyiu Zinin.

 ??  ?? EWON menyampaik­an sumbangan RM3,000 kepada Ketua Wanita Kg Kinaratuan Rusinah Sami.
EWON menyampaik­an sumbangan RM3,000 kepada Ketua Wanita Kg Kinaratuan Rusinah Sami.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia