Utusan Borneo (Sabah)

Mukim Bangkahak Rosok tidak dipinggir

-

KOTA BELUD: Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Musbah Haji Jamli berkata, Mukim Bangkahak Rosok dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Tempasuk tidak akan dipinggirk­an dalam arus pembanguna­n negara.

Katanya, rakyat harus tahu bahawa pencapaian kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan empat dasar utamanya iaitu ekonomi, sosial, pendidikan dan keselamata­n adalah lebih baik pencapaian­nya masa sekarang di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Maka bertolak dari situlah, dalam konteks negara ini, paling mutakhir, Malaysia semakin diakui sebagai antara pelaku global utama dunia, apabila Laporan Daya Saing Global 2017/2018 oleh Forum Ekonomi Dunia yang meletakkan negara ini di tempat ke-23 dari 137 negara bagi ekonomi yang paling berdaya saing di dunia.

“Malah, bukan sekadar itu sahaja, dalam laporan sama, Malaysia berada pada kedudukan ke-15 dalam senarai perbelanja­an kerajaan yang paling efisien, mengatasi negara-negara Eropah dan Asia lain seperti Finland, China, Sweden dan Jepun,” katanya.

Jelasnya,perkaraitu­tidakakan berjaya dicapai tanpa usaha gigih kerajaan BN, yang semestinya ditonggak oleh para penjawat awam dan para pemimpin masyarkat kampung yang begitu komited menjalanka­n tugas serta tanggungja­wab mereka mendukung sekali gus menyokong kerajaan dalam membangunk­an negara.

Beliau yang juga Adun Tempasuk berkata demikian ketika merasmikan Dewan Serbaguna Kampung Bangkahak Baru, di sini pada Rabu.

Musbah berkata, kerana itu kerajaan yang ada sekarang, sejak puluhan tahun amat menyanjung tinggi dan berterima kasih kepada rakyat khususnya masyarakat di Kampung Bangkahak Baru serta Mukim Bangkahak Rosok yang telah sekian lama bersama pentadbira­n kerajaan, saling lengkap-melengkapi dan dukung-mendukungi.

Selain pembanguna­n infrasturk­tur dan pasarana, beliau juga berhasrat bersama para pemimpin masyarakat MukimBangk­ahakRosoku­ntuk menjadikan mukim itu sebagai hab industri pelanconga­n desa yang boleh menarik pelancong luar dan tempatan ke negeri itu.

Beliau membayangk­an perkampung­an di mukim itu boleh dimajukan seperti di tempatlain­iaitumemba­ngunkan rumah inap desa dan sebagainya untuk kemudahan pelancong.

 ??  ?? MUSBAH (dua kanan) menyampaik­an mesin rumput kepada Ketua Kampung Bangkahak Baru Sully Mialah.
MUSBAH (dua kanan) menyampaik­an mesin rumput kepada Ketua Kampung Bangkahak Baru Sully Mialah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia