Utusan Borneo (Sabah)

Peluang ikuti program diploma

Untuk pengerusi JKKK tingkatkan kemahiran tadbir urus

- Oleh DELLROY

KENINGAU: Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK)diSabahdan­Sarawak berpeluang mengikuti dua program latihan baharu, iaitu diploma pengurusan luar bandar UniKL dan Diploma Eksekutif Pembanguna­n Luar Bandar Universiti Kolej Agrosains Malaysia (UCAM) yang akan diperkenal­kan Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata program diploma itu bukan sahaja dapat meningkatk­an keupayaan tadbir urus ke tahap lebih profesiona­l dan cekap, malah memberi penarafan kepada latihan berkaitan peningkata­n kapasiti dan kompetensi kalangan kepimpinan akar umbi.

“Program pertama telah dimulakan pada 12 Februari dan berakhir pada 29 Mac depan yang diadakan di Melaka dengan penyertaan seramai 70 orang terdiri pemimpin JKKK yang mengikuti program sijil tadbir urus desa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media sempena majlis penutupan Program Sijil Tadbir Urus Desa Zon Sabah Siri 1/2018 yang diadakan di dewan kompleks sukan di sini pada Khamis.

Alexander berharap melalui program latihan itu, kementeria­n berharap dapat menyedia pemimpin JKKK serta pemimpin pelapis desa yang kompeten, profesiona­l dan berwibawa dalam mengurus tadbir institusi luar bandar bagi mendepani cabaran kepesatan pembanguna­n dan kemajuan teknologi terutamany­a dalam era revolusi industri 4.0.

Terdahulu, berucap merasmikan penutupan program itu, Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman berkata institusi JKKK adalah entiti yang amat penting untuk menarik penglibata­n rakyat dalam memajukan luar bandar.

Katanya, sejak penubuhann­ya pada tahun 1962 peranan dan fungsi JKKK terus berkembang sehingga hari ini sebagai mata dan telinga serta penghubung antara kerajaan dengan rakyat.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Menurut Musa, usaha kerajaanme­ngadakanpr­ogram itu jelas membuktika­n kepercayaa­n dan keyakinan tinggi kepada badan JKKK sebagai perantaraa­n kerajaan di peringkat akar umbi.

“Ia termasuk menyedarka­n rakyat tentang pentingnya mengekalka­n kerajaan sedia ada yang terbukti sentiasa membela nasib dan kepentinga­n rakyat di semua peringkat,” katanya.

Program Sijil Tadbir Urus Desa Zon Sabah Siri 1/2018 ini melibatkan seramai 367 pengerusi JKKK dari daerah Keningau, Tambunan, Nabawan dan Tenom selama tiga hari manakala Siri 2 akan diadakan di Sandakan pada April tahun ini.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup, Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Seri Panglima Radin Malleh, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ellron Alfred Angin, Pembantu Pertanian dan Industri Makanan Datuk Hj Sairin Karno, Pembantu Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Datuk Bobbey Suan dan Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi.

“Program pertama telah dimulakan pada 12 Februari dan berakhir pada 29 Mac depan yang diadakan di Melaka dengan penyertaan seramai 70 orang terdiri pemimpin JKKK yang mengikuti program sijil tadbir urus desa.

DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

 ??  ?? PAIRIN bersama barisan tetamu lain dan pengerusi JKKK mengabadik­an gambar kenangan selepas menerima sijil.
PAIRIN bersama barisan tetamu lain dan pengerusi JKKK mengabadik­an gambar kenangan selepas menerima sijil.
 ??  ?? ALEXANDER (duduk kiri) bersama Pairin (duduk, tengah), Radin (duduk, kanan), Sairin (berdiri, tengah) dan Bobbey (berdiri, kanan) serta Pegawai Daerah Keningau Yusop Osman (berdiri, dua dari kanan) dan Pengarah Institut Kemajuan Desa (Infra) Dato Rubyiah Abd Rahman (berdiri, kiri) dan Timbalan Setiausaha Dasar KKLW Hjh Norison Ramli (berdiri, dua dari kiri) pada sidang media itu.
ALEXANDER (duduk kiri) bersama Pairin (duduk, tengah), Radin (duduk, kanan), Sairin (berdiri, tengah) dan Bobbey (berdiri, kanan) serta Pegawai Daerah Keningau Yusop Osman (berdiri, dua dari kanan) dan Pengarah Institut Kemajuan Desa (Infra) Dato Rubyiah Abd Rahman (berdiri, kiri) dan Timbalan Setiausaha Dasar KKLW Hjh Norison Ramli (berdiri, dua dari kiri) pada sidang media itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia