Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan perlu rancang wujud PDK di setiap DUN

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Kerajaan diminta supaya mewujudkan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ir Edward Yong Oui Fah berkata, langkah itu penting bagi memudahkan ibu bapa yang mempunyai anak kelainan upaya (OKU) mendapatka­n perkhidmat­an latihan serta pemulihan yang betul buat anak mereka.

“Penjagaan kanak-kanak istimewa khususnya yang menghidapi hyperaktif dan autisme ini sukar dijaga oleh ibu bapa mereka dan memerlukan cara penjagaan betul yang hanya diajar di PDK sahaja.

“Justeru, kita harapkan kerajaan akan membina Pusat PPK di setiap DUN dengan menyediaka­n fasiliti serta tenaga pengajar mencukupi bagi memudahkan ibu bapa menghantar anak mereka ke PDK berdekatan,” katanya ketika ditemui pada sambutan Tahun Baharu Cina 2018 anjuran PDK Likas, di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Edward juga memuji usaha dan keprihatin­an berterusan kerajaanda­lammenyalu­rkan bantuan serta subsidi kepada golongan sasar itu setiap tahun.

Katanya, ia membuktika­n kerajaan kini amat menitibera­tkan soal keperluank­omunitikel­ainan upaya agar dapat menjalani hidup seperti insan normal yang lain.

Mengenai bangunan PDK Tanjung Aru yang baru beroperasi pada bulan lepas, beliau berkata pusat itu kini menempatka­n 20 penghuni yang sudah berdaftar.

Katanya, sebahagian penghuni PDK Likas akan dipindahka­n ke PDK Tanjung Aru bagi memudahkan ibu bapa yang tinggal di kawasan itu menghantar dan mengambil anak mereka.

Terdahulu, seramai 120 penghuni PDK Likas hadir bersama keluarga masing-masing pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina yang diadakan setiap tahun itu.

Turut hadir ialah isteri Edward iaitu Pengerusi PDK Tanjung Aru Datin Mary Yong.

 ??  ?? EDWARD (enam kiri) bersama Mary (lima kiri) serta rombongan Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) menyempurn­akan gimik perasmian sambutan Tahun Baharu Cina di PDK Likas.
EDWARD (enam kiri) bersama Mary (lima kiri) serta rombongan Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) menyempurn­akan gimik perasmian sambutan Tahun Baharu Cina di PDK Likas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia