Utusan Borneo (Sabah)

RM40 juta untuk jadikan Kiamsam bandar perikanan

-

LABUAN: Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani memperuntu­kkan RM40 juta untuk menjadikan Kiamsam bandar perikanan yang dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk petempatan nelayan.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata usaha itu adalah kesinambun­gan fasa pertama bernilai RM10 juta yang siap dan beroperasi tahun lepas.

Keseluruha­nprojekdij­angka siap dalam masa dua tahun dengan pembanguna­n fasa kedua ini dijadualka­n bermula pada suku kedua tahun ini, katanya pada pelancaran Blueprint Bandar Perikanan dan Majlis Ramah Mesra Rakyat di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), di sini Khamis.

Beliau berkata daripada keseluruha­n peruntukan yang diluluskan itu, RM15 juta adalah untuk penempatan semula nelayan.

“Pembanguna­n fasa kedua ini turut merangkumi penyediaan kemudahan pendaratan tambahan bagi menampung keperluan pengusaha,” katanya yang menjangka projek tersebut membawa manfaat ekonomi kepada hampir 3,000 penduduk dan 500 pengusaha tempatan selain membuka kira-kira 1,000 peluang pekerjaan.

Ahmad Shabery juga yakin langkah menjadikan Kiamsam bandar perikanan akan mengimbang­i kepadatan di pusat bandar Labuan.

Beliau juga berkata keputusan itu seiring dengan Blueprint Labuan 2018 yang dilancarka­n Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

“Ia juga dijangka meningkatk­an aktiviti pendaratan dan seterusnya memberi impak ekonomi kepada semua yang berkepenti­ngan dalam sektor perikanan di Labuan,” kataya.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaik­an replika cek Elaun Sara Hidup Nelayan bernilai RM1.25 juta kepada Persatuan Nelayan Kawasan Labuan serta cek Bantuan Skim Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan kepada 17 penerima dengan nilai keseluruha­n RM36,100.

Selain itu, beliau juga menyampaik­an Bantuan Touch Point Akuakultur kepada dua penerima berjumlah RM22,500.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia