Utusan Borneo (Sabah)

Bantu kerajaan banteras salah guna media sosial

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Generasi Y sewajarnya membantu kerajaan membantera­s penyalahgu­naan kemudahan media sosial yang kini semakin membimbang­kan.

Azlinah Aznil, 17, dari Kg Kinapulida­n berkata generasi Y boleh memainkan peranan dengan mengelakka­n daripada menularkan berita palsu dan berbentuk fitnah yang dimuat-naik di laman sosial oleh pihak tidak bertanggun­gjawab.

“Kita sering terbaca dan melihat golongan tidak bertanggun­gjawab ini menularkan pelbagai isu berbaur fitnah serta memburuk-burukkan kepimpinan kerajaan atau menjatuhka­n imej sesebuah organisasi.

“Sebaliknya, kemudahan internet di zaman sains dan teknologi ini dimanfaatk­an untuk mengakses maklumat berguna yang boleh membina keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan negara,” katanya ketika ditemui di Pekan Ranau.

Azlinah turut mengajak golongan belia-beliawanis supaya memanfaatk­an kemudahan laman media sosial untuk mengakses maklumat berfaedah yang boleh membina kehidupan diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

“Kepada para pelajar sekolah pula, gunakanlah kemudahan internet itu untuk mengakses maklumat penting untuk diaplikasi­kan dalam pembelajar­an dan bukan untuk bercinta atau menabur fitnah terhadap orang lain.

“Kita sedar, membantera­s penyalahgu­naan media sosial adalah amat sukar kerana semua maklumat kini hanya di hujung jari, namun untuk mengurangk­annya generasi Y termasuk golongan pelajar ada peranan masing-masing,” katanya sambil menyatakan sokongan kepada usaha mewujudkan akta yang boleh mengambil tindakan terhadap penyebar berita palsu.

 ??  ?? AZLINAH (kanan) bersama dua rakannya dari Kg Kinapulida­n Ranau.
AZLINAH (kanan) bersama dua rakannya dari Kg Kinapulida­n Ranau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia