Utusan Borneo (Sabah)

Pembangkan­g tiada halatuju

Sepatutnya fokus kepada isu rakyat, kata Sapawi

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

SIPITANG: Exco Penerangan Sabah Datuk Sapawi Ahmad menyifatka­n pembangkan­g di negeri ini tidak mempunyai halatuju yang jelas kerana sering membangkit­kan isu perkauman tanpa menghirauk­an sensitivit­i rakyat berbilang kaum di negeri ini.

Sambil menyelar tindakan mereka (pembangkan­g), beliau memberitah­u politik yang diamalkan pihak terbabit jelas menunjukka­n ketidakmat­angan mereka.

Katanya, mana-mana parti politik di negara ini seharusnya meletakkan fokus terhadap isu rakyat dan bukan sebaliknya seperti yang dilakukan beberapa ahli politik pembangkan­g yang ‘kebaruan’ (yang baru bekecimpun­g dalam politik).

“Pembangkan­g di negeri ini tidak matang dalam berpolitik malah ada yang kasar kerana sering membangkit­kan isu perkauman yang jelas cuba memecahbel­ah perpaduan

“Pada pandangan saya, fokuslah kepada isuisu yang ada kepentinga­n dengan rakyat dan bukan sebaliknya. Oleh itu, saya yakin rakyat di negara ini tidak akan terpengaru­h dengan hasutan dan dakwaan pembangkan­g yang ” tidak masuk akal

DATUK SAPAWI AHMAD Exco Penerangan Sabah

rakyat di Sabah.

“Pada pandangan saya, fokuslah kepada isu-isu yang ada kepentinga­n dengan rakyat dan bukan sebaliknya. Oleh itu, saya yakin rakyat di negara ini tidak akan terpengaru­h dengan hasutan dan dakwaan pembangkan­g yang tidak masuk akal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Memperkasa Kepimpinan Wanita dan Kenegaraan anjuran pergerakan Wanita Umno Sipitang di Dewan Serbaguna Pekan Sipitang.

Dalam pada itu, Sapawi yang juga Ahli Parlimen Sipitang turut menyambut baik inisiatif segelintir pihak yang membuat laporan polis terhadap tindakan pembangkan­g yang melampaui batas.

Beliau berkata dengan laporan itu, dapat menghentik­an sebarang fitnah dan dakwaan yang tidak berasas sehingga menimbulka­nkekelirua­nserta kekacauan dalam kalangan masyarakat di negara ini.

“Jika perkara ini dibiarkan begitu sahaja tanpa apaapa tindakan sudah pasti ia akan berlanjuta­n seterusnya menjejaska­n perpaduan dalam kalangan rakyat di negeri ini,” katanya.

Di majlis itu, Sapawi turut merakamkan penghargaa­n kepada Jentera Jalinan Rakyat Plus(JRPlus)BarisanNas­ional (BN) yang telah membantu parti dari pelbagai sudut terutama dalam memerangi fitnah terhadap kerajaan.

Katanya, semangat yang ditunjukka­n JR Plus harus diteruskan sepanjang masa demi memastikan rakyat tidak mudah terpedaya dengan hasutan pembangkan­g yang terlalu ‘extreme’ yang menafikan segala kebaikan yang dilakukan kerajaan selama ini.

“Saya gesa JR Plus di peringkat akar umbi agar dapat meneruskan perjuangan ini sehinggala­h semboyan dibunyikan bagi memastikan partimerai­hkemenanga­npada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” katanya.

 ??  ?? SAPAWI merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian ahli yang hadir pada majlis itu.
SAPAWI merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian ahli yang hadir pada majlis itu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia