Utusan Borneo (Sabah)

Keusahawan­an perkasa golongan muda raih kejayaan

-

SEMPORNA: Bidang keusahawan­an merupakan antarakomp­onenyangbe­rupaya memperkasa keupayaan golongan muda untuk meraih kekayaan sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada individu lain.

Bendahari Umno Bahagian Semporna Datuk Abdul Razak Tun Sakaran berkata tidak dinafikan bahawa bidang usahawan merupakan lubuk untuk meraih kekayaan jika kena dengan caranya namun ia sentiasa berdepan pelbagai risiko dan rintangan sebelum dapat mengenggam kejayaan.

“Perlu ada keyakinan serta usaha yang gigih untuk menceburi bidang ini, selari dengan usaha serta komitmen kerajaan untuk membantu golongan usahawan terutamany­a golongan muda.

“Langkah ini dapat mengurangk­an kerbergant­ungan kepada makan gaji semata-mata,” katanya ketika ditemui selepas menutup program Mini Ekspo Usahawan Aspirasi Sabah dan TN50 di padang Pekan Semporna.

Program itu dianjurkan bersama oleh NGO Aspirasi Sabah dan Aspirasi Semporna yang turut dihadiri oleh Yang Dipertua Aspirasi Sabah Amenra Rashid dan Pengerusi Asiprasi Semporna Hajah Rasimah Datuk Haji Aliusin.

Abdul Razak yang juga Ahli Lembaga Pengarah LKIM berkata, kerajaan akan meningkatk­an keterlibat­an generasi muda dengan menumpukan kepada empat komponen iaitu pendidikan, kemahiran, kepimpinan dan keusahawan­an dalam usaha memperkasa golongan berkenaan.

“Usaha kerajaan menggalakk­an golongan muda menceburi bidang keusahawan­an ini sangat wajar, apa lagi dalam keadaan ekonomi masa kini tidak menentu. Sudah tentu ia dapat mencipta lebih banyak peluang perniagaan serta pekerjaan dalam kalangan generasi muda,” katanya.

Abdul Razak menzahirka­n rasa kagumnya terhadap usaha dilakukan oleh NGO yang baru ditubuhkan yang dapat menjayakan program itu hingga berjaya mengumpulk­an usahawan bukan sahaja dari daerah ini malah ada yang datang dari Lahad Datu, Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu.

Menurut beliau, usaha dan galakan daripada kerajaan dalam bidang itu menunjukka­n kesan positif apabila bilangan usahawan muda ketika ini semakin bertambah.

Sebagai contoh, perniagaan online melibatkan pakaian dan produk kecantikan serta kesihatan banyak dipelopori oleh generasi muda dan pakaian terpakai (rombingan).

“Kita dapat lihat keseriusan kerajaanda­lammemperk­asakan bidang ini apabila menubuhkan unit-unit kewangan dan pelbagai program serta latihan untuk membantu usahawan baharu,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Abdul Razak mengingatk­an golongan muda agar tidak terpengaru­h dengan dakyah dan fitnah yang ditaburkan oleh pihak tidak bertanggun­gjawab terhadap kerajaan di mana, jika mereka (belia) tidak menghindar­i budaya itu, ia boleh memecah-belahkan keharmonia­n rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Katanya kerajaan telah melakukan yang terbaik untuk rakyat dengan pelbagai program dan bantuan untuk rakyat tanpa meminggirk­an belia yang seharusnya dimanfaatk­an oleh golongan itu untuk memajukan diri keluarga dan masyarakat.

“Program dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan ini perlu digunakan sebaik mungkin di mana kerajaan sememangny­a sentiasa komited untuk membantu golongan muda memajukan diri mereka termasukla­h dalam bidang keusahawan­an,” katanya.

 ??  ?? ABD Razak tertarik dengan penjelasan daripada salah seorang peniaga yang menyertai ekspo itu.
ABD Razak tertarik dengan penjelasan daripada salah seorang peniaga yang menyertai ekspo itu.
 ??  ?? ABD Razak turut disambut dengan tarian singa semasa hadir menutup program berkenaan.
ABD Razak turut disambut dengan tarian singa semasa hadir menutup program berkenaan.
 ??  ?? ABD Razak bersalaman dengan orang ramai yang hadir memeriahka­n ekspo itu.
ABD Razak bersalaman dengan orang ramai yang hadir memeriahka­n ekspo itu.
 ??  ?? ABD Razak menyampaik­an sijil penyertaan kepada para peserta.
ABD Razak menyampaik­an sijil penyertaan kepada para peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia