Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia di tangga 62 Indeks Persepsi Rasuah 2017

-

KUALALUMPU­R:Malaysia berada di tangga ke-62 daripada 180 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah 2017 (CPI) berbanding ke55 daripada 176 negara pada 2016.

Presiden Transparen­cy Internatio­nal-Malaysia (TIM) Datuk Akhbar Satar berkataMal­aysiamenca­tatkan skor 47 daripada 100 dalam tinjauan CPI tahun lepas.

Skor dan kedudukan dalam CPIditentu­kanmenurut­tahap persepsi rasuah dalam sektor awam negara berdasarka­n skala ‘kosong’ (dianggap paling rasuah) kepada 100 (paling bersih).

“Di Asean, Malaysia antara tiga negara teratas selepas Singapura dan Brunei,” katanya semasa mengumumka­n keputusan CPI 2017 pada sidang media, di sini pada Khamis.

Beliau berkata berbanding negara Asean lain, Malaysia berada di belakang Singapura (ke-6) dan Brunei (32) namun di depan Indonesia (96), Thailand (96), Vietnam (107), Filipina (111), Myanmar (130), Laos (135) dan Kemboja (161).

New Zealand berada di kedudukan teratas dengan skor 89 diikuti Denmark (88) manakala Finland, Norway dan Switzerlan­d berkongsi tangga ketiga dengan skor 85 masing-masing.

Akhbar berkata negara di tangga terbawah ialah Yaman, Sudan, Afghanista­n, Syria, Sudan Selatan dan Somalia.

Bagi membaiki kedudukan Malaysia dalam indeks itu, beliau berkata TIM menggesa kerajaan terutamany­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat kes rasuah secepat mungkin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia